Salam semua,
Semua orang tahu dan sedia maklum setiap hari, setiap masa dan setiap detik kita di dedahkan dengan bahaya asap rokok.. mungkin kita tidak mengisapnya tapi jiran, rakan-rakan, saudara mara, ibu bapa dan masyarakat sekeliling kita pasti ada yang mengisap racun berbisa ini.
Saya sebagai seorang bapa sudah semestinya menolak sekeras-kerasnya amalan mengisap rokok ini demi kesejahteraan dan kesihatan keluarga saya.
Bukan sahaja saya yang menolak amalan buruk ini.. malah zuriat kami yang baru dilahirkan juga merayu supaya dibebaskan dari asap beracun ini.
Mahukan anda melihat zuriat anda merana dan mati terkulai dihadapan anda gara-gara keseronokkan diri anda menyedut asap-asap beracun ini? Pastinya jawapan yang waras akan mengatakan TIDAK!
Untuk itu ayuh.. sama-sama kita menentang sekeras-kerasnya amalan mengisap rokok ini dan bebaskan keluarga kita dengan racun berbisa ini.. Katakan #TakNak! kepada mereka.
Jom sama-sama mengamalkan gayahidupsihat.my sepanjang masa.
Sebagai tanda sokongan kepada kempen katakan tak nak! ini marilah kita sama-sama sertai photo contest / duit free yang sedang dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan bersama Nuffnang.
Bagaimana untuk sertainya?
• Ambil Gambar dengan bertemakan ‘Tak Nak’ tanpa menggunakan rokok atau kotak rokok sebagai prop
• Update sebagai entri di blog anda
• Masukkan kata kunci seperti #taknak, photo contest / duit free dan smoking kills
• Berikan backlink kepada gayahidupsihat.my
• Selepas entri dipublish, Hantarkan permalink blog anda disini
Sebagai penutup bicara.. renung-renungkanlah Video yang menyayat hati ini.
”smoking kills”









belum sempat join lagi contest ni.. huh..
ReplyDeleteDunia Umpama Nikmat Hidup Ibarat Layang-Layang :)
ReplyDeletewhoaaa... nice idea la bro... aku tengah perah otak lagi nie...heheheh...GOOD LUCK
ReplyDelete@madammondoq : kebetulan ada msa free dgn ide tgh dtg tu yg buat dulu.. He2
ReplyDelete@ron: ayat puitis ni bro.. Tq.. He2
@hazman : tulah tetiba bgun pg dpt idea..
betul tu say no to rokok
ReplyDeleteIni adalah benar-benar pos yang sangat comel
ReplyDeletecomel la baby harraz fahim tu..:-)
ReplyDeletewaa.
ReplyDeletebest !
good luck ^^