Kalau Dulu Nokia Kini

12/05/2011 01:20:00 PTG , , , , 9 Comments

 

Salam semua,

Sepanjang tempoh 10 tahun aku dah guna 5 telefon bimbit yang mana hampir semuanya dari jenama Nokia.. dan kini rasanya dah tiba masanya untuk aku madukan Nokia aku dengan satu lagi jenama yang tak kurang popularnya sekarang dengan pelbagai keluaran jenis Tabletnya.

Ia pandai pon korang teka.. benar.. kini aku dah madukan Nokia aku dengan jenama dari Samsung.

Jom kita tengok sejarah telefon bimbit aku dari tahun 2001 – 2011

 

Nokia 3210

Nilah dia Nokia 3210 yang pertama aku pakai dulu dipadankan dengan line Prepaid TM Touch ketika itu dan kini menjadi Celcom.. first time aku beli handphone ni tahun 2001 masa mula-mula start koje dulu.. Bangkai handphone ni pon dah takda.. tu yang guna gambar dari google je.

Nokia 6610

Nilah dia antara telefon bimbit yang paling lama aku pakai Nokia 6610.. rasanya hampir 5 tahun aku guna handphone ni.. sebelum aku kawin tahun 2009 aku masih guna lagi.. kira handphone nilah aku guna dulu mengurat bini aku (malarang-kak).. hehehe.. Masih ada dalam simpanan koleksi aku lagi.. cuma bateri dah kembung.. (status dah rosak).

Ingat nak tunjuk dekat anak nanti.. “nilah telefon yang dady guna untuk ngurat mama dulu”… hehe.

Nokia 2630

Setelah memasuki alam percintaan 2008…ceh..ceh.. hehehe.. rasanya aku perlu beli satu handphone lain untuk kegunaan peribadi dipadankan pulak dengan line Celcom sekali lagi bersama dengan pakej 1+5 (Kira masa tu nak bergayut 24 jam pon free.. hehehe).. jadi awal tahun 2009 aku beli pulak Nokia 2630.. dan alhamdulillah sampai sekarang handphone ni masih ok lagi.. walaupun kekadang tu dah mula bengong juga.. mungkin merajuk sebab ada handphone baru.. hehehe.

MyIman

Dalam diam rupanya isteri aku merancangkan sesuatu dengan adik ipar aku.. rupanya dia nak buat surprise sempena ulang tahun kelahiran aku yang ke-30 dengan hadiahkan sebuah telefon bimbit baru dari jenama Myiman.. Paling aku suka handphone ni adalah dia ada perisian Alquran & reminder waktu solat.. selain tu korang nak tahu handphone adalah dari jenis touch skrin + pen untuk sentuh skrin tu.. canggih bukan.. cuma pennya adik ipar aku dah hilangkan.. huhu.

Tapi malangnya awal tahun ni.. handphone ni dah jatuh dan retak seribu.. jadi fungsi untuk touch screen tu dah rosak.. tapi fungsi untuk call + sms masih berfungsi.

TM Touch

Nilah sim card yang masih setia bersama aku selama 10 tahun.. dah boleh masuk muzium ni.. logo pon masih TM Touch lagi.. dari handphone jenama nokia sampailah sekarang dan yang terkini.. sim card ni berpindah ke rumah baru..

Nak tengok rumah baru untuk Sim Card kesayangan aku ni.. jom tengok bawah.

Samsung Galaxy Note

Akhirnya Sim Card Celcom (TmTouch) tu telah bersemadi didalam Samsung Galaxy Note ni.. Hadiah terbaru sempena ulang tahun perkahwinan kami yang kedua.. Terima kasih sayangku.. (Niat dihati nak beli Samsung Galaxy S2 tapi tup..tup dapat yang ni.. lagi bersyukur.. alhamdulillahlah aku)

Sangat teruja aku guna smartphone terbaru keluaran Samsung ni.. pendek kata.. tidur malamku sentiasa lena dibuai mimpi-mimpi indah.. :-)

Ulang tahun kelahiran isteriku pulak tidak lama lagi.. rasanya apa hadiah istimewa yang boleh aku berikan ye.. Kalau korang ada cadangan sudi-sudikanlah beri cadangan diruangan komen dibawah.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. bestnyer dapat hadiah cam gini.. samsung sekarang makin dasat yerk.. kot dulu nokiajer best sekarang nokia kena bersaing hebatler ....

    BalasPadam
  2. 10 tahun lagi baru ganti hp baru ya syg...

    BalasPadam
  3. @Cho Zila : memang teruja guna smartphone samsung ni.. lagi dgn OS Android ni.

    BalasPadam
  4. @Malarang_kak : :-) boleh sygku.. janji sekarang dah dpt yg baru.. hehehe

    BalasPadam
  5. ahhh tidakkk...buatku keruan dan jeless tahap gabann....

    BalasPadam
  6. Ya, Tiada keraguan dalam hal ini, Samsung melakukan yang besar dalam membuat telefon pintar dan khas semua siri-Galaxy.

    BalasPadam
  7. wah jelesnyaaaaa..kalaulah hb belikan sempena hari jadi akak bulan duabelas ni.alangkah bahagianya..rasanya tak kot sebab byk yang perlu hb akak tanggung.

    BalasPadam
  8. @eyriqazz : hahaha.. biar Mat Tiger tak tidur malam..

    @Retin a : memang betul sejak samsung keluarkan siri Galaxy ni.. jenama lain terus tenggelam..

    @Kak ina KL : Takpe.. kak ada rezeki nanti insyaallah boleh beli..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..