Jemputan Ke Majlis Aqiqah Muhammad Harraz Fahim

12/21/2011 04:59:00 PG , 7 Comments

Salam semua,

Alhamdulillah urusan mencari kambing untuk aqiqah Myvitrd Junior telah selesai. 2 hari jugalah urusan ni.. sebab first day pegi survey kambing.. tokey kambing takda.. jadi semalam return sekali lagi dan kebetulan dia ada.. terus pilih kambing yang sihat-sihat 2 ekor jantan untuk di jadikan aqiqah.

Segala urusan penyembelihan semuanya diuruskan oleh tokey kambing ni.. jadi bila dia orang dah siap lapah & potong-potong daging tinggal dihantar dekat umah je untuk dimasak.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh A'isyah ra katanya :
"Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan" -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].


kambing aqiqah 3-tile

Jadi kepada rakan-rakan pembaca & blogger yang ada kelapangan masa kami sekeluarga menjemput anda semua untuk hadir ke majlis aqiqah anak kami.

Maklumat majlis aqiqah boleh rujuk gambar dibawah.

Jemputan Majlis Aqiqah

Assalamualaikum,

Saya dan isteri (cik malarang) ingin menjemput rakan-rakan semua ke majlis Aqiqah dan Kesyukuran bagi meraikan kelahiran Putera kesayangan kami

Muhammad Harraz Fahim bin Abd Hamid
Pada 25 Dec 2011, jam 2.00 ptg sehingga 5.30 ptg,
Bertempat kediaman mertua di 110A, MK-B, Sungai Rusa, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang.

Semoga dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan majlis, menambahkan lagi keberkatan dan mengeratkan silaturahim antara kita, Insyallah.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. alamak 25 ker? termiss laaa sebab 24 tue plan nak ke penang...apa2pun semoga majlis berjalan lancar ...

    BalasPadam
  2. Terima kasih cheq diatas jemputan
    kalau cheq balik ka sungai dua boleh la cheq singah... ahahaha

    BalasPadam
  3. selamat2 semua yea.. masak kari kambing atau masak kurma pun sodap!!!

    BalasPadam
  4. semoga majlis tu nanti akan lebih meriah dan diberkati....

    BalasPadam
  5. why haven't the people been voting in (relatively) more liberal/progressive parliament members instead of mostly conservative ones?

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..