Hari Ke 6 Tali Pusat Dah Jatuh

12/13/2011 12:38:00 PTG , 9 Comments

Salam semua,

Hari ni dah masuk hari ke-6 baby kami dilahirkan dan yang terbaru pagi ni juga baru tali pusat baby ni dah jatuh.. So far tadi jururawat datang check cik malarang & baby katanya tali pusat ok & bersih.. alhamdulillah

Tali pusat baby jatuh

Risau jugakan pasal tali pusat ni.. mana tahu tak bersih ke… sebab 2 hari yang lepas baby tu ada menangis tak berenti.. sekali check rupanya tali pusat dia berdarah.. selamat ada sorang saudara cik malarang tu tolong cucikan.. kalau tak kami tak tahu nak buat macam mana.

Hadiah

Cerita pasal hadiah pulak.. alhamdulillah murah rezeki baby banyak hadiah dia dapat.. patutnya ayah & ibu baby pon kena dapat jugakan.. hehehe.. Apa pon terima kasih kepada semua yang sudi bagi cenderhati & hadiah buat baby kami ni.. macam sayang je nak buka semua hadiah tu.. hehehe..

Tengah tunggu ni… kot-kot ada hadiah stroller ke atau baby sitter ke ni.. hehehe.

Bab cuti aku pulak korang jangan tanya ye.. aku dah apply cuti 2 minggu … hehehe.. kiranya minggu ke-4 atau hujung bulan nanti baru aku start koje semula.. ni semua gara-gra cuti tahun aku dah habis.. so dapatlah cuti 2 minggu je.

Insyaallah ada rezeki lepas buat kenduri aqikah nanti baru aku balik KL semula.. nampaknya aku akan merindui baby kami di penanglah selama seminggu.

Esok hari ke-7 kelahiran baby kami ni.. so insyallah esok namanya akan diumumkan ye.. ramai sangat yang dok tanya.. so bersabar dulu ye.

hadiah misteri

Nota Kaki : Anniversary & birthday cik malarang semakin hampir.. hadiah tak dicari lagi.. aduh pening ni.. nak beli apa ye?.. cik malarang nak sambut aniversary pon banyak benda tak boleh dia makan.. rasanya orang pantang ni kek pon tak boleh makan kot.. korang bagi idea sikit apa hadiah aku nak bagi ni.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. wahh..xsabar nak tggu nama baby!! :p

    BalasPadam
  2. yeyy esok dah nak umum nama...btw, penang kat ner tue?

    BalasPadam
  3. @ieyla : esok ye.. hehehe

    @Far_east : penang dekat Balik Pulau

    BalasPadam
  4. semoga baby & mamanya sihat.. org kata kumpul2 tali pusat & ikan dgn tali pusat adik beradik lain... isya allah rapat hubungan sampai besar.. petua saja

    BalasPadam
  5. how about hadiah 'berurut'. orang pantang kan wajib dijaga yang pakar...

    BalasPadam
  6. wahh cepat jugak tuh 6 hari dah jatuh pusattt...

    bestnye dapat cuti sampai 2 minggu jaga baby & mama babyyy..

    BalasPadam
  7. beli pakej slimming body treatment untuk wife...okey aper....mesti dia suka... ;-p

    BalasPadam
  8. Aku dulu, tiap minggu berulang bila bini berpantang kat kampung...
    Nak buat camna rindu kat anak.. he he...

    Bro, blk sini hjg bulan bawa la durian skit.. he he..

    BalasPadam
  9. @fazrol : durian tak musim lg.. Daun durian kalau nak adalah..he2

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..