Hari-hari Terakhir 2 Ekor Kambing Aqiqah

12/25/2011 01:52:00 PTG , 1 Comments

 

Salam semua,

Sebelum nak melaburkan mataku ini nak juga aku update sikit entri ni.. sebenarnya entri ni dah dipublish siang tadi semasa majlis aqiqah..tapi cuma dalam bentuk gambar sahaja… jadi malam ni semua urusan dah selesai baru nak buat cerita disebalik gambar-gambar ni.

Kambing aqiqah 1

Ni dia salah satu kambing yang bakal di sembelih pada 24hb yang lalu untuk majlis aqiqah si comel (Muhammad Harraz Fahim)

 Kambing aqiqah 2 Kambing aqiqah 3

Kalau korang perasan ada 2 ekor kambing pada gambar sebelah kanan tu.. yang warna coklat.. yang putih tu.. saja jumpa kawan kambing dia untuk ucap selamat jalan & selamat tinggal buat selama-lamanya.. hehehe

Kambing aqiqah 4 Kambing aqiqah 5

Dan akhirnya tepat jam 3.45 ptg.. 24hb Disember 2011… 2 ekor kambing jantan telah disembelih untuk dijadikan aqiqah pada 25hb Disember 2011..

Kambing aqiqah 6 Kambing aqiqah 7

Acara melapah kulit kambing oleh 2 orang pekerja tokey kambing.. kambing ni disembelih sendiri oleh tokey kambing.. tak sampai 30 minit 2 ekor kambing ni dah selesai di lapah.. kalau pakar yang buat memang cepatlahkan.. rasanya kalau aku mau makan masa 2 jam ni.. hehehe

Kambing aqiqah 8

Jam 4.30 ptg.. kambing dah sampai di rumah mertua.. tu dia terkangkang digantung oleh adik ipar aku.. target lepas solat asar akan dimulakan acara melapah daging pulak.

Kambing aqiqah 9

Gotong royong bersama saudara mara mengerjakan 2 ekor kambing.. Seperti yang dicadangkan proses melapah daging dimulakan selepas asar.. Melapah daging aqiqah ni kena cermat.. sebab kalau boleh sebaiknya tulang-tulang kambing ni tidak dipecah-pecahkan.. dan kalau nak potong pon kena ikut sendi.. Hadith berkenaan pengurusan daging aqiqah ni memang pernah aku baca berkenaan tulang kambing aqiqah ni..

Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:
Maksudnya:
"Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."

(Hadis riwayat al-Hakim)

Oklah setakat ini dulu entri aku.. esok entri suasana sepanjang hari majlis aqiqah akan menyusul.. teruskan setia bersama blog ini.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. Salam.... Bang, saya ade terbaca satu comment u dlm satu blog.... Berhasil selepas makan buah zuriat... Boleh tak beritshu saya penggunaan buah zuriat yag betul mengikut cara yang u guna? Sebab banayk sangat la cara dlm google ni... X tau nak ikut yg mane.... Plz reply me...... Terima kasih atas bantuan.... Email me @ fyra_230703@yahoo.com

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..