Detik-detik Menanti Kelahiran Myvitrd Junior

Salam semua,

Alhamdulillah syukur masuk hari ke-5 sudah baby kami ni.. 3 hari dekat KPJ Damansara & sekarang dah ada dirumah mertua, Penang.

So far buat masa ni.. ibu baby ok.. cuma baby kena kuning start keluar dari hospital 2 hari yang lepas.. semalam gi check dekat klinik kuning baby 200.. pagi ni pegi sekali lagi.. naik lagi 205.. doktor minta lusa kami datang sekali lagi untuk ambil darah sekali lagi.

Ada masa sikit ni.. curi-curilah sat guna laptop..hehehe.. walaupun kepala masih macam nak pusing-pusing.. mungkin tak cukup tidur kot.. biasalahkan  dah start kena berjaga malam lepas ni.. pengalaman pertama ni memang nampak macam kelam kabut sikit.. selamat ada mertua tolong-tolong.. kalau tak mau aku pengsan wo kalau baby dah nangis tak nak berenti.. huhu.

Aku nak kongsi sikit detik-detik sepanjang menanti kelahiran Myvitrd Junior ni. korang layanlah ye dulu gambar-gamabr dekat bawah ni.

7/12/2011 (Jam 10.00 malam) – Tiba di KPJ Damansara untuk register masuk Wad untuk induce.
Ramai yang tanya kenapa nak induce awal sedangkan tak lebih lagi dari due.. sebenarnya sebab-sebab utama adalah dalam tempoh 2 minggu pemeriksaan sebelum ini.. doktor sakit puan tu kata baby tak turun-turun kesalurannya.. lagi satu masa tu cik malarang ada sedikit tekanan darah tinggi.. so doktor cadangkan untuk ambil ubat induce masa usia kandungan 39 minggu.

KPJ Damansara Wad 1

Jam 11.00 malam – Baru kami dapat bilik wad bernombor 222 (no. cantik ni.. hehehe).. 1 bilik ada 2 orang pesakit.

 KPJ Damansara Wad 2

Cik malarang sempat makan spageti dari Pizza Hut.. lapar ye sygku… cian dia lepas ni semua tak boleh nak makan.

 KPJ Damansara Wad 3 KPJ Damansara Wad 4 KPJ Damansara Wad 5 KPJ Damansara Wad 6

Gambar di atas adalah ruang wad kami.. oklah selesa untuk pesakit dan derita untuk orang yang jaga sebab nak tidur atas kerusi amat2lah tidak selesa.. penyudahnya aku baring je dekat lantai.

8/12/2011 (Jam 12.00 pagi) – Prosedur biasa bermula dengan jururawat membuat pemeriksaan CTG untuk kadar denyutan jantung baby.

(Jam 12.20 pagi) – Jururawat buat pertama kalinya memeriksa bukaan rahim.. tapi pada masa ni bukaan belum ada lagi.

(Jam 12.45 pagi) – Jururawat mula memasukkan ubat induce (1 biji) dalam tempoh masa 1 jam jururawat dah pesan yang cik malarang tak boleh nak gi buang air.

(Jam 2.45 pagi) – Tindak balas dari ubat induce telah mula dirasai oleh cik malarang.. katanya dah mula sakit-sakit..

(Jam 3.35 pagi) – Jururawat check untuk kali ke-2 menunjukkan ada bukaan tapi hanya 1cm.. katanya baru bukaan internal & disebabkan cik malarang dah tak boleh nak tahan sakit.. so jururawat cadangkan untuk bagi ubat tahan sakit dengan suntikan & Gas oksigen.

KPJ Damansara Labour 1

(Jam 3.50 pagi) – Jururawat telah  membawa cik malarang ke labor room untuk diberikan suntikan tahan sakit dah gas oksigen.

(Jam 6.30 pagi) – Jururawat telah memaklumkan bahawa air ketuban telah pecah dan bukaan masih juga dalam 1cm.. jururawat bertugas sempat pesan.. katanya, tunggu ye lama lagi ada lagi masa 9 jam.. (dalam hati mak ai lamanya nak kena tunggu ni.)

(Jam 9.45 pagi) – Dr. Maziah selaku doktor sakit puan untuk cik malarang datang membuat pemeriksaan dan menyatakan baru 1.5cm bukaan.

(Jam 10.00 pagi) – Disebabkan Cik malarang tidak dapat menahan kesakitan.. seorang pakar bius Dr. Najuwa telah memberikan satu suntikan tahan sakit yang lebih kuat lagi.. dan kali ni semua kesakitan tidak dapat dirasai lagi oleh cik malarang selepas suntikan tu.     

 KPJ Damansara Labour 2  KPJ Damansara Labour 4 KPJ Damansara Labour 5

Suasana di dalam labor room tempat cik malarang dimasukkan.. kira oklah selesa juga.. bilik luas dan ada kerusi dan TV.. kira tak sunyi & boringlah duduk dalam ni.

 KPJ Damansara Labour 3 KPJ Damansara Labour 7

Antara alatan yang ada didalam labor room ni.. aku pun tak faham apa gunanya sebenarnya.. tapi adalah jururawat datang ambil rekod setiap 1 jam.

KPJ Damansara Labour Sarapan

Menu sarapan pagi untuk cik malarang.. bubur & roti serta air coklat.. cik malarang kata bubur dia macam bubur MD.. hehehe

(Jam 3.50 petang) – Sekali lagi Dr. Maziah datang untuk memeriksa bukaan  tapi malangnya bukaan masih tidak berubah dengan 3cm sahaja dari tengahari..

Dan pada masa ini satu keputusan yang sangat berat terpaksa aku ambil bersama-sama dengan cik malarang iaitu tiada jalan lain untuk selamatkan baby dari lemas dengan membuat pembedahan secara segera.

Huhuhu.. hanya air mata kami berdua hanya mampu berkata-kata bila jalan terakhir adalah pembedahan.. sebenarnya kami telah merancang untuk mengelakkan dari membuat pembedahan dan rasanya tuhan lebih tahu dengan apa yang akan berlaku.

Berat bahu memikul berat lagi tangan yg nak sign di borang untuk memberi kebenaran membuat pembedahan ni.

KPJ Damansara Kawasan Bedah 1 

(Jam 5.50 petang) – Hanya doa dan tawakal yang mampu dibuat bila mana melihat cik malarang telah dibawa pergi ke bilik pembedahan.. dalam pada masa yang sama aku juga turut sama menunggu untuk masuk didewan bedah bagi menemani cik malarang.

KPJ Damansara Kawasan Bedah 4

Bila doktor panggil aku untuk sama-sama masuk dalam dewan bedah.. aku dapat melihat cik malarang dalam wajah yang sedih dan sebagai seorang suami pastinya saat inilah aku perlu berada disampingmya untuk memberikan semangat.

Debaran menanti saat-saat baby dikeluarkan yang tidak boleh dibayangkan dengan kata-kata.

KPJ Damansara Kawasan Bedah 3

Jam 6.00 petang cik malarang telah berada di dalam dewan bedah, masa tu pembedahan dibuat dalam keadaan bius separuh badan.. maknanya aku dengan cik malarang masih boleh bersembang.

Pada masa sama aku melihat semua proses bagaimana pembedahan dibuat.. Doktor sempat tanya, u boleh tengok ke? aku kata insyaallah takda masalah sebab dah biasa tengok darah ni.

Tepat jam 6.05 petang khamis 8/12/2011 kedengaran suara tangisan didalam bilik bedah yang telah menandakan seorang lagi khalifah dimuka bumi ini telah selamat dilahirkan.. Syukur alhamdulillah.

Selesai je urusan tali pusat baby dipotong doktor yang memotong tali pusat tadi memberikan baby kepada aku untuk di azankan.. masa tu kegembiraan, kesedihan dan hiba menyelubungi perasaan.

Dalam keadaan percaya dan tidak percaya sebenarnya kini aku telah bergelar seorang ayah.. :-)

Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang telah membantu dalam proses bersalin ini.. tanpa bantuan & nasihat kalian mana mungkin proses ini dapat berjalan dengan lancar.. Hanya tuhan yg dapat membalas jasa kalian semua.

KPJ Damansara Kawasan Bedah 5

Cium pertama dari myvitrd junior kepada ibunya.. masa ni masih dalam bilik bedah.. dan baru je lepas aku azankan.

Masa yang sama doktor masih menjahit luka diperut cik malarang.. Rasanya pengalaman aku pada masa tu adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

KPJ Damansara myvitrd dillahirkan

Ada yang datang melawat dekat umah mertua aku ni tanya aku.. apa nama dia.. aku cakap nama masih rahsia sebab belum register lagi.. he2… hari ke-7 baru nak register & bubuh nama… Semoga myvitrd junior ni & ibunya terus sihat… amin.

Harap-harapnya demam kuning anakku akan kurang dan terus hilang.. insyaallah.

Bermulalah operasi berjaga malam sebagai seorang ayah & ibu.. :-)

Doakan kami sekeluarga semoga terus sihat dan hidup bahagia.. kepada rakan-rakan blogger, rakan pejabat, saudara mara terima kasih atas kiriman ucapan tahniah dari FB, blog dan sms.

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan dan saudara mara yang sudi berkunjung melawat kami semasa di KPJ Damansara.

Insyaallah perkembangan Myvitrd Junior & ibunya akan diupdate dari masa kesemasa.. so nak tahu perkembangan jangan segan-segan singgah selalu ye.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

14 ulasan:

  1. selamat berjaga malam yer myvitrd...neway, bukan due farah 18 nie ker? ker dia dah sakit masa tue?

    BalasPadam
  2. kalaulah masa tu saya kerja kt ttdi, mesti sy dtg melawat dah bro dna wife kt kpj tu..umah sewa kat area blkg kpj tu jer...anyway..tahniah...

    BalasPadam
  3. seronok baca entri ni sebab dapat baca pengalaman & debaran seorang ayah berserta dgn gambar2 yg menarik :)

    tahniah sekali lagi kerana secara ramunya sudah bergelar ayah & ibu..

    BalasPadam
  4. @far_east :masa tu tak sakit lg.. tapi memang dr. yg minta datang sebab nak induce.. ada darah tanggi

    @Lin Azlina : takpe2.. nanti bila balik KL dah boleh datang umah tengok baby... :-) Terima kasih.

    BalasPadam
  5. @Laili : tq.. semua apa yg ditulis untuk simpanan & koleksi masa akan datang.. bila baby dah besar nak suruh baca pengorbanan ibu..

    BalasPadam
  6. pengalaman wife kamu lebih kurang cam akak masa bersalin anak pertama tapi taklah kena operate.

    tahniah buat kamu berdua, semuga anak kamu menjadi seorang anak yang baik.

    kalau operate ni memang payah nak jaga, alhamdulliah melarang masih lagi mempunyai keluarga yang boleh menjaga beliau.

    tak sabar nak tau apa nama baby boy kamu ni?

    BalasPadam
  7. awal2 ni bro.. memang tak cukup tido.. hehhehee

    BalasPadam
  8. @kak ina kl : tq kak ina.. Insyaallah esok nama dah bagi kita inform..he2

    @kid : tulah bro.. Tp takpe itu satu pengorbanan.

    BalasPadam
  9. fuhhhh..cukup detail..apa2 pon janji semuanya selamat bro..

    BalasPadam
  10. @Jai : semua atas bantuan Galaxy Note.. kalau tak memang tak dpt nak catat semua ni.. hehehe.. Alhamdulillah semuanya selamat bro.

    BalasPadam
  11. ini yang aku rasa nak kahwin cepat-cepat nih..

    BalasPadam
  12. owh tak sabar menunggu esok utk pengumuman nama myvitrd jR...hihi...tetiba feel sedih sama bila part nak kena sign borang nak operate..

    BalasPadam
  13. Tahniah dapat baby :) seronoknya jadi ayah.

    BalasPadam
  14. tahniah utk keluarga anda... luv to read the blog... zackwiusa

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..