Demi Keluarga Aku Terpaksa Tolak Jemputan NAPBAS 2011

12/04/2011 07:36:00 PTG , 6 Comments

 

Salam semua,

Siapa yang tidak teruja bila dapat jemputan untuk malam yang penuh gemilang bersama blogger-blogger dari dalam & luar negara yang dianjurkan oleh Nuffnang… Bukan senang-senang nak berjalan diatas karpet merah.. :-)

Pastinya siapa yang mendapat 1 jemputan  dari 500 tempat duduk yang disediakan memang teruja dan sayang untuk lepaskannya… betul tak?

NAPBAS 2011

Korang tahu ke apa yang aku nak cerita ni?.. oklah baru-baru ni nuffnang ada buat satu contest untuk melayakkan blogger menghadiri satu event penganugerahan kepada blogger yang dikenali sebagai NAPBAS 2011 (Nuffnang Asia Pacific Blog Award 2011).. dan Alhamdulillah aku salah seorang yang telah dipilih dari 500 tempat duduk yang disediakan.. tapi malangnya aku terpaksa tolak jemputan tu atas beberapa faktor.

Entri ni “My Nuffnang story” yang membuatkan aku layak menerima jemputan tu.

NAPBAS 2011 a

Sebab utamanya aku tolak jemputan tu adalah kerana buat masa ini wife aku sedang menunggu hari untuk bersalin anak sulung kami.. dan semestinya aku takkan tinggalkan wife aku berseorang dalam masa terdekat ni.. lagi-lagi masa ni dia perlukan perhatian dari aku… takut-takut time aku sebuk nak gi NAPBAS 2011.. wife aku nak bersalin dekat belakang.. tak ke kelam kabut aku dibuatnya..

Jadi keputusannya aku menolak jemputan tu secara baik.. pihak nuffnang telah aku maklumkan tentang penolakkan jemputan tu..

Pada asalnya aku nak je bagi dekat mana-mana blogger yang berkelapangan untuk pegi masa tu.. tapi setelah aku maklumkan kepada pihak nuffnang hasrat untuk menukar jemputan tu kepada rakan blogger yg lain.. pihak nuffnang menyatakan bahawa jemputan itu tidak boleh diwakilkan atau ditukar kepada blogger lain.. so aku akurlah dengan terma & syarat-syarat tu.. jadi aku pulangkan semula jemputan tu secara baik kepada pihak nuffnang.

Harapnya pihak nuffnang dapat menerima alasan aku ini.. dan next time boleh bagi lagi jemputan-jemputan event yang lain.. :-).

Kepada rakan blogger yang terpilih untuk hadir di NAPBAS 2011 tu tahniah aku ucapkan dan kami semua menunggu review dari korang event tu.. bagi yang tidak dapat tu.. anggaplah tiada rezeki untuk kali ini dan jangan merajuk2 ye..

Sekali lagi terima kasih kepada nuffnang kerana menjemput aku untuk hadir ke NAPBAS 2011.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. family lebih penting...
    Tambah untuk anak 1st mmg banyak perhatian...

    BalasPadam
  2. @Fazrol : tq bro bagi semangat.. betul2 family first..

    BalasPadam
  3. Tahniah dpt undangan...
    kan best kalau saya dpt..
    hehehehe
    apa2pun.. family 1st.. tu lebih baik..
    singgah2 jap.

    BalasPadam
  4. xper bro..family come first...

    BalasPadam
  5. ye bro.. kuatkn semangat.. kami doakn wife kau slamat brsalin

    BalasPadam
  6. @Alieza Dayasari : tq.. next time boleh dapat juga tu.. :-)

    @Eyriqazz : Betul bro.. keluarga diutamakan

    @Anonymous : tq.. doakan kami semoga semuanya selamat..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..