Check-UP Minggu Ke-38 | Apa Kata Doktor

12/03/2011 12:38:00 PG , , 7 Comments

 

Salam semua,

Semalam aku bawa cik malarang gi buat check-up untuk minggu ke 38.. tapi checkup kali ni aku nampak air muka cik malarang sangat sedih dan hampir-hampir menitiskan air mata lepas doktor buat checkup… Pasal apa ye cik malarang sedih?

Checkup Baby Minggu 38 a

Seawal jam 9.00 pagi aku dah ke gerak ke KPJ Damansara untuk temujanji checkup cik malarang dengan Dr. Maziah.. Selalunya bila aku sampai akulah pesakit yang pertama.. tapi hari ni cik malarang dapat no. giliran ke 3..

So sebelum doktor sampai.. macam biasalah mesti nak gi sarapan dulu.. korang tengok dekat bawah ni.. nilah menu sarapan kami tadi pagi yang dikongsi berdua.

Checkup Baby Minggu 38 b

Total harga semua RM14.xx, kalau korang nak tahu ni stok untuk makan sebulan punya

 Checkup Baby Minggu 38 c

Habis je makan, terus ke bilik Dr. Maziah… Macam biasalah doktor buat scan.. check perut.. check tekanan darah dan check berat baby.. so far doktor kata baby ok.. cuma buat masa sekarang ni.. baby masih tak turun-turun lagi.. bila doktor kata baby tak turun lagi.. aku dah risau dah..

Lepas tu doktor cakap dengan cik malarang.. minggu depan kita buat “induce” ye… cik malarang tengok aku.. aku tengok dia.. aku tanya doktor kenapa kena induce pulak.. doktor cakap takut baby tak turun-turun sampai due nanti.. so dia nak cuba baby tu keluar secara paksa.. huhu

Aku dengar cerita orang yg buat induce ni rasanya sakit.. betul ke? sapa yang ada pengalaman tu.. kongsilah dengan aku berkenaan kesan samping kalau buat induce ni.. risau juga aku.

Kalau ikut tarikh doktor 5 hari dari sekarang cik malarang dah kena masuk wad untuk induce.. apa yang aku harapkan semoga cik malarang dengan baby sentiasa sihat dan selamat semuanya..

Doakan kami sekeluarga supaya terus diberi kekuatan dan di kesihatan berpanjangan..amin

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. pengalaman sayer, kena induce..masa tu minggu ke 37, sebab air ketuban kurang, takut baby lemas.. memang sakit..huwaa.. tapi kalo kat private hospital, buleh mintak epidural injection kan.. apalagi, kawan2 saya cakap kalau pakai epidural mmg tak sakit pun.. saya dulu bersalin kat spital gomen ja.. tahan ja laa..tapi alhamdulillah..sakit kejap jer, lepas keluar baby, settle semuanya.. doa banyak2 yer..jangan stress2.. nanti pesan kat wife, ingat dalam kepala nak tengok baby korang yang comel tu..tu sebagai satu motivasi masa kat dalam labour room. baca doa la ila ha illa anta, subhanaka inni kuntuminazzholiminnn...

    insyaallahh..semoga semuanya selamat dan dilindungi allah swt

    BalasPadam
  2. @syalinda johari : terima ksh byk2 ye atas nasihat & panduan tu.. Insyaallah akn dicuba nanti

    BalasPadam
  3. tumpang sedih bila baca entry ni. suruhlah isteri usap perut - pujuk anak supaya berada pada tmpt yg sepatutnya.

    moga cik malarang selamat melahirkan baby yg comel. apa2 berita sila update ye ;)

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan segala urusan bro....

    BalasPadam
  5. How can I keep another copy and to be able to update as I add more. I hope there is a simple way as I am an intermediate computer user. Thanks for sharing this blog with us...

    BalasPadam
  6. isk siannye cik melarang, harap2 bersabar ae, bykkan berdoa..bersabar ye! mdah2an dipermudahkan segalanya...amin...

    BalasPadam
  7. luper nak pesan, kalau sujud semayang tuh, sujud lelama.. sebab nanti babby akan pusing..insyaallah.. tu petua dari Dr Khamsiah, Hospital Annnur Bangi.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..