Bermula Dari Angan-angan Akhirnya Menjadi Kenyataan

12/04/2011 11:50:00 PG , , 10 Comments

Salam semua,

Setiap apa yang kita idamkan kekadang tidak semua menjadi kenyataan.. tapi tidak salah untuk berangan-angan benda yang lebih besar dari apa yang kita inginkan.. sbb mana tahu suatu hari boleh menjadi kenyataan.

Macam aku dulu masa baru-baru je kerja berangan-angan nak beli sebuah kereta.. aku kata kalau dapat beli kancil 660 pon jadilah.. tapi syukur alhamdulillah selepas beberapa tahun aku kerja angan-angan tu menjadi kenyataan dengan aku berjaya beli sebuah Myvi.

Bulan lepas korang tentu perasan dengan pelancaran satu gadget baru dari Samsung bukan.. mula-mulanya aku mengidamkan gadget Samsung Galaxy SII.. tapi apakan daya impian untuk mendapatkan gadget tu belum tertunai lagi sebab gadget yang lain telah mencuri hatiku...

Mungkinkah gadget ini......

Samsung Galaxy Note
Hampir 3 minggu tidur aku tak lena selepas pelancaran Samsung Galaxy Note ni.. dan akhirnya keputusan ini yang aku ambil... :-)

Hadiah teristimewa dari tersayang 
Sejak dari tarikh itu.. tidur aku menjadi lena dengan dibuai mimpi-mimpi indah... Terima kasih sayangku a.k.a malarang-kak kerana menunaikan impian suamimu ini.. :-)

Nota kaki : Setelah seminggu bersamanya masih tidak percaya lagi... betul ke aku sudah memilikinya?


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. Ahh,tidakkk...jealous,jealous tahap gaban....

    BalasPadam
  2. haha..akhirnya publish juga ya....dah seminggu pedamkan ya nak publish ke tidak...

    BalasPadam
  3. @Eyriqazz : hehehe.. aku tak boleh tahan bro.. lepas dapat sponsored post dari celcom tu aku terus g servey.. lama gak aku fikir2 & akhirnya.. memang nak kasi Mat Tiger Jelous.. hehehe

    @malarang_kak : hehehe.. tak tahan syg.. tu yg publish juga tu.. cukuplah seminggu kita peram.. hehehe

    BalasPadam
  4. semiggu bersama, amacm perfomnce G note ni bro? ok x?

    BalasPadam
  5. kan betul tekaan saya. mcm kes saya, saya dpt buat sponsored post ttg Samsung Galaxy Note. rupanya bukan saya yg tergoda nak beli, tapi suami..mimpi suami dah jadi kenyataan ;)

    BalasPadam
  6. @JMR : so far bg aku yg first time pegang smartphone ni memang terujalah.. mcm2 benda baru aku belajar.. Syok woo.. Dispaly besar & tengok blog pon best

    @Laili : tulah kekadang kalau tak buat review ni.. memang tak teruja nak beli.. setelah tengok specnya mengancam.. tu yg terus beli tu.. hehehe

    BalasPadam
  7. ...fuyoo...welcome to wonderful world of Android,Android mmg best,pasti anda tak menyesal,kat blog saya ada info pasal apps free for Android ni...singgah sekejap ni,tgk Galaxy Note.

    BalasPadam
  8. @fazrol : :-) baru nak berjinak2 n belajar dengan android.. he2

    @mohd rozaiman : insyaallah sya singgah untuk cari ilmu

    BalasPadam
  9. It is a marvelous blog, like it very much, thanks for sharing it.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..