Saturday, December 17, 2011

15 Resepi IBU Semasa Berpantang

 

Salam semua,

Kebetulan sekarang ni cik malarang tengah berpantang.. so aku nak kongsikan 15 resepi ibu berpantang yang boleh digunakan untuk menu harian.

Sumber dibawah dipetik dari BLOG IBU HAMIL

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka.

Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'.


Rujukan Berkaitan:
1. http://hamil.mustaffa.org/alahan-semasa-mengandung
2. http://hamil.mustaffa.org/makanan-ketika-berpantang-mengikut-orang-dulu-dulu
3. http://hamil.mustaffa.org/gula-tambahan-penyumbang-masalah-obesiti-penyakit-kronik
4. http://hamil.mustaffa.org/tip-ibu-mengandung-mengatasi-sembelit-ketika-hamil
5. http://hamil.mustaffa.org/pantang-larang-selepas-bersalin

SUP IKAN HARUAN

RESIPI SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan

2 cawan air

2 sudu makan minyak jagung

1 sudu makan lada hitam – ditumbuk

3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]

2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]

2 sm halia - ditumbuk [A]

1 keping asam keeping Garam secukup rasa

Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

[Download 15 Resepi Ibu Semasa Berpantang]

8 comments:

  1. @retin a : tq2

    @Sharinginfoz : insyaallah boleh cuba nanti.. jgn dia sakit perut sudah kalau aku yg masak.. hehehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih byk2. mmg tgh mengumpul koleksi resepi org berpantang. kali ni saya akan berpantang di rumah sendiri :)

    ReplyDelete
  3. My mother is on a strict diet of low fat and sugar free, do you know of any good meal recipes with low fat and no sugar (she can have splenda, so any splenda recipes are fine)
    Thank you, it is greatly appreciated

    ReplyDelete
  4. mohon share info dalam blog. terima kasih

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini