1 Peratus Charge Atas Bil Pengguna Elektrik

12/05/2011 11:14:00 PG , 15 Comments

Salam semua,

Untuk makluman korang semua.. berkuatkuasa 1 Disember 2011 TNB akan mengenakan 1% Levi atas Bil Pengguna.

TNB-SEDA 2

Cerita lanjut jom baca dekat bawah ni..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed – In Tariff / Fit) dan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan telah dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011.

FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.

Bagi menggalakkan pembangunan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber TBB ditubuhkan di mana pihak kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap penggunaan elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tabung tersebut. Surcharge ini dinamakan “Dana Kumpulan Wang TBB” dan akan dipaparkan dalam bil elektrik pengguna.

Dana yang dikutip oleh TNB ini akan disalurkan kepada kerajaan iaitu Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi tujuan pembangunan sumber TBB dibawah Skim FiT.


Apakah FAEDAH TBB dan FIT kepada pengguna dan Negara?
  • Alam Sekitar – Penjanaan tenaga elektrik dari sumber TBB adalah langkah yang mesra alam. Sumber tenaga elektrik dari TBB mengeluarkan Gas Rumah Hijau (GHG) pada tahap minimum atau tanpa pelepasan (Zero emission) GHG. Kualiti kehidupan akan meningkat dengan alam sekitar yang lestari.
  • Ekonomi – FiT memberi pelunag kepada semua lapisan masyarakat terlibat dalam penjanaan TBB termasuk pemilik rumah melalui pemasangan sistem solar fotovolta (PV) yang merupakan pelabur terbaik.
  • Amalan kecekapan tenaga dapat mengurangkan perbelanjaan bil elektrik pengguna – Pengguna yang menggunakan elektrik kurang daripada 300kWj sebulan tidak perlu menyumbang kepada kumpulan Wang TBB bagi perlaksanaan FiT. Bilangan unit penggunaan elektrik akan berkurangan, seterusnya bil elektrik juga akan berkurangan. Pengguna masih boleh menikmati cara hidup yang sama dengan menggunakan tenaga elektrik secara bijak dan produktif.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi lepas ni korang jangan pulak ye terkejut bila korang tengok dalam bil elektrik korang ada charge 1%.. tapi sebelum tu jangan risau.. charge 1% ini hanya akan dikenakan bagi pengguna yang menggunakan elektrik 300kWj sebulan sahaja.. yang guna kurang dari tu.. takda kena charge apa-apa.

Moralnya adalah korang perlu berjimat-jimat guna tenaga elektrik ni…

P/S untuk diri sendiri : Matikan semua suis lampu dan kipas jika tidak digunakan bagi mengelakkan pembaziran elektrik.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

15 ulasan:

  1. ..takder moral nyer weh..ni semua kerajaan yg tersangat bagus sekarang neh..ada ka nak buat development paastu..kerah rakyat soh bayar...aparaa...

    BalasPadam
  2. tak setuju sama sekali walaupun cume 1 %....PRU13 siap lah korg...

    BalasPadam
  3. kepala hotak btul kerajaan ni..dah la tariff naik,kena plak 1% interest..siap lah pru nanti..

    BalasPadam
  4. orang kampung pandai berjimat, orang bandar membazir. Kena caj lebih, complain, salah orang ni, salah orang tu. Petrol naik, bising, pergi masjid se-depa pun naik kereta. Sustainable Energy Development adalah initiatif yang bagus. Sekarang pun dah banyak kereta hybrid. Semua usaha ini untuk generasi anak cuci kita. Islam melarang pembaziran.

    BalasPadam
  5. "1% bil ke tabung TBB". betul ke tabung tu? bocor ke tabung tu? kena audit ke tabung tu? tabung=poket persendirian ke tu? mana transparency nya tabung tu?

    BalasPadam
  6. 1% ,kalau satu malaysia dikirakan dah boleh bayar bonus pekerja TNB pada hujung tahun dah...kerajaan banyak pandai,sampai bila dia orang nak korek duit rakyat.

    BalasPadam
  7. 1% nak cover duit utk PRU kot kerajaan ...lingkup lah kali ini u org

    BalasPadam
  8. Potong gaji CEO TNB je cover menatang jadah tu. TNB dibina dari duit pembayar cukai. Milik negarakan TNB jika PR menang PRU13.

    BalasPadam
  9. (FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan)..tak paham la ayat ni..bunyi mcm putar-belit je..

    BalasPadam
  10. (orang kampung pandai berjimat, orang bandar membazir. Kena caj lebih, complain, salah orang ni, salah orang tu. Petrol naik, bising, pergi masjid se-depa pun naik kereta. Sustainable Energy Development adalah initiatif yang bagus. Sekarang pun dah banyak kereta hybrid. Semua usaha ini untuk generasi anak cuci kita. Islam melarang pembaziran)...bila pengguna jimat, untung menjadi kurang. So nak naikkan keuntungan, kena naikkan tariff. Buat apa nak jimatkan..tenaga yg dijanakan boleh disimpan ke?? Cuba hentikan jenerator, ada tenaga yg tersimpan ke kalau berjimat sangat??

    BalasPadam
  11. terdesak sgt dah ni...
    sudah la tnb tu monopoli.bila naik terpaksa terima.lepas tu main suka2 hati ambik duit orang..
    suruh rakyat berjimat, rumah2 kakitangan kerajaan mcm istana.sebulan puluh2 ribu bil elektrik.dapat free ja..
    nak berjimat patut kakitangan kerajaan la start dulu.takyah dok dlm ekon,naik kereta lembu,pakai pelita.ni suruh rakyat susah diorang senang lenang..

    BalasPadam
  12. Ko beli la genset... Pastu beli mnyk... Rase nak pakai karen, ko hidupkan la genset tu... Mcm kat pasar mlm selalu buat... Try la tgk boleh jimat ke x...

    BalasPadam
  13. KWTBB = IPP di malaysia..siapa IPP?Berapa banyak TNB dan PETRONAS kne bayar kt diorg?

    BalasPadam
  14. WTF!! What fuck gov we are having here??? DANA DANA DANA, fuck my ass... Don't compare Kampung with Urban OK.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..