Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2 di 1 Muharram 1433H

11/27/2011 11:03:00 PG , , , 15 Comments

Salam Maal Hijrah Semua,

Kredit Image : Google.com

Pertamanya selamat menyambut Awal Muharram untuk semua umat islam diseluruh dunia.. setiap kali munculnya awal Muharram ni.. pastinya aku tak lupa dengan satu sejarah dalam hidup aku iaitu tarikh aku dinikahkan oleh bapa mertuaku sendiri pada 1 Muharram 1431H.

Aku terima nikahnya ....... 

Sebab tu setiap kali muncul awal Muharram ni aku akan menyambut 2 perkara.. pertama menyambut kehadiran tahun baru Hijriah dan keduanya menyambut ulang tahun perkahwinan aku dengan Cik Malarang

Rasanya macam baru je aku buat entri Ulang Tahun Perkahwinan di 1 Muharram 1432H.. rupanya dah setahun berlalu.. siapa sangka ikatan yang aku bina ini telah berusia 2 tahun dan alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana tak lama lagi keluarga kami akan bertambah ceria dengan kehadiran sorang cahaya mata yang dinanti-nantikan selama ini.

Tinggal 20 hari lagi jangkaan bersalin


Semoga mahligai yang kami bina ini dapat berkekalan sampai ke syurga nanti..insyaallah.. dan mampu menempuhi segala dugaan dan cabaran yang akan mendatang pada tahun baru ini...

Kepada Isteriku yang dicintai.. abg memohon maaf sekiranya sepanjang 2 tahun sebagai suamimu, abang ada melakukan kesalahan yang disedari atau tidak disedari.. abg memohon maaf... Jika ada kekurangan dan kelemahan.. insyaallah kekurang dan kelemahan ini akan abg perbaiki dari masa kesemasa demi kebahagian keluarga kita bersama.. Seperti kata P.Ramlee "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit Inikan Pula Suami Isteri."

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga


Untuk isteriku... Abg telah ampunkan segala dosa-dosamu terhadap diriku ini andai ada..Semoga janji-janji kita untuk bersama dikala susah & senang dikotai bersama...

Love & Miss U Forever Sayangku... MUUUUUUUAAAAAH


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

15 ulasan:

  1. senyum sorg2 aku baca entri ko ni bro..good husbnd! semoga semuanya yg terbaik utk korg!:-)

    BalasPadam
  2. @JMR : tq bro... bahaya senyum sorang2 nanti org ingat lain.. hehehe

    BalasPadam
  3. Selamat ulang tahun syg...syg akan cuba jadi isteri terbaik untuk abg.akan cuba memperbaiki diri dari hari ke hari.terima kasih sudi jadi suami syang,love u syg...

    BalasPadam
  4. selamat hari ulang tahun perkahwinan bro

    BalasPadam
  5. tahniah en. myvitrd & pn. malarang..moga terus berbahagia hingga ke hujung nyawa & dianugerahkan dgn zuriat yg soleh & solehah. amin..

    BalasPadam
  6. tak sangka suami melayu boleh romantis sebegini... jujur syabas... salam dari usa... zackwiusa

    BalasPadam
  7. ayat yang last skali.. so sweet..!!!
    seharusnya maafkan dosa sesama..

    BalasPadam
  8. Terbaik! Suami romantik....
    Bagus....

    BalasPadam
  9. @malarang-kak : tq sygku... Love u Forever

    @Denaihati : Tq ye.. doakn kami sentiasa sihat & bahagia

    @Laili : Terima kasih atas doa ye.. Semoga anda juga berbahagia disana

    @Anon : hehehe.. jgn ckp macam tu malu beb

    BalasPadam
  10. @Kid : Tulah bro.. sebagai suami isteri sebaiknya setiap detik kena maaf memaafkan.. sebab kita tahu bila2 masa je kita boleh pergi dari dunia ni.. :-)

    @Fazrol : Tq bro.. baru je belajar nak jadi romantik ni.. hehehe

    BalasPadam
  11. http://wanwidget.com
    tahniah, semoga kekal ker anak cucu

    BalasPadam
  12. selamat menyambut ulang tahun ke 2 yer...terharu baca ayat2 kamu. smga cik puan malarang selamat melahirkan myvitrd junior...

    BalasPadam
  13. tahniah untuk ulang tahun kedua

    BalasPadam
  14. @wan85: tq atas doanya

    @far_east: tq,insyaalah semoga semuanya slmt nanti

    @retina: terima ksh

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..