Tinggal 31 Hari Lagi Dari Tarikh Jangkaan

11/16/2011 09:32:00 PTG , , 8 Comments

 

Salam semua,

Hari ni aku nak cerita sikit berkenaan perkembangan baby dalam perut cik malarang.. sepatutnya entri ni cik malarang yang tulis sendiri.. sebab dia je yang tahu macam mana rasanya orang mengandung ni.. tapi takpelah biarlah aku yang tulis sebab sejak dia berbadan dua ni.. memang mood untuk menulis entri tu memang tak ada langsung.. kekadang aku paksa je update blog dia supaya tak bersawang.. hehehe.

myvitrd junior 1

Apa yang aku cuba buat tu sebenarnya.. hahaha

Ok.. kita sambung semula ye.. sedar tak sedar minggu ni dah nak masuk 9 bulan baby dalam perut tu.. dan kalau ikutkan widget tempoh baby nak lahir tu menunjukkan lagi 31 hari atau sebulan lagi..

myvitrd junior 31 day

Wah tak sabar rasanya aku nak tukar status ni dari suami kepada ayah.. hehehe.. Nama baby dah ready tinggal tunggu baby keluar je.. terus bagi nama… hehehe.

Doa-doakan lah ye semoga cik malarang nanti di permudahkan untuk bersalin dan semuanya selamat.. aku nak cerita panjang pon tak pandai sangat ni.. cuma apa yang cik malarang cakap tadi dia kata sejak dua tiga hari ni.. baby asik mengeras je.. pasal apa ye? korang yang pernah mengandung ni tahu ke pasal apa baby asik mengeras dalam perut.

Sebab bila baby tu mula mengeras cik malarang akan rasa tak selesa dan kekadang rasa macam senak dan tak boleh nak bernafas katanya. Adakah ini perkara biasa bagi tempoh kehamilan 9 bulan?

Dekat Bawah ada sedikit info Berkenaan Kehamilan 36 minggu

Perkembangan fetus - hamil 36 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

36 minggu

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. sweet btul gmba u all berdua tu...heeeeeeeee~~

    BalasPadam
  2. Wah..Tak lame dah.. Semoga dua2 selamat dan sihat.. Amin..

    BalasPadam
  3. Waktu berjaga-jaga...
    Nampak... Teringat masa bini aku nak bersalin dulu...
    Telefon abis orang lain... Tanya experience nak bersalin camna...

    BalasPadam
  4. good luck bro..tentu teruja nak jadi bapa for the 1st time..be a good father..

    BalasPadam
  5. @peaNut : tq2

    @Zyash : tq doakan kami berdua

    @Hani Syahani : :-)

    @Fazrol : betul2 tu bro.. yang nak bersalin relex je.. aku pulak yang gelabah lebih sekarang ni.. hehehe

    @Eyriqazz : tq eyriqazz, memang teruja sangat2.. insyaallah akan jadi ayah terbaik untuk anak2 nanti.. good luck juga untuk eyriqazz tahun depan.. jadi ayah untuk anak kedua.

    BalasPadam
  6. yup.. perkara normal. bila keras perut tu, suh cik malarang usap2.. mungkin baby tengah menggeliat ke.. bergerak2 ke.. kita just cakap2 kat dia.. jangan lupa baca surah mariam di kala ini yea.. surah al waqiah dan surah yusuf juga.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..