Persiapan Hari Raya Aidiladha 2011 | Rumah Mertua

11/06/2011 07:29:00 PG , 3 Comments

 

Salam semua,

Sebelum meneruskan entri ini.. kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha @ Korban kepada semua umat islam diseluruh dunia terutama kepada semua jemaah Haji di Makkah yang sedang mengerjakan Haji di sana.

Tak terlupa buat Mak & ayah serta adik beradik dikampung.. Maaf kali ni tak dapat beraya disana, sebab kali ni giliran beraya di Penang pulak.. kalau ada Burasak lebih2 jangan lupa ye pos dekat aku.. hehehe.

Macam biasalah.. bila tiba hari raya mesti semua orang akan siapkan juadah untuk hari raya berkenaan.. macam tu jugalah dekat rumah mertua aku ni.. jom kita tengok apa yang ibu mertua aku sediakan untuk jamuan hari raya kali ini.

Ketupat Palas 1

Apakah ini ? kalau korang nak tahu inilah dia bekas ketupat daun palas yang dah bersedia nak diisi dengan pulut.. kalau raya di Johor ketupat daun palas ni takde.. yang ada untuk orang bugis adalah Burasak & ketupat nasi.

Ketupat Palas 2 Ketupat Palas 3

Ibu mertua tengah siapkan beras pulut untuk dimasak sebelum dimasukkan dalam bekas ketupat daun palas tu.

Ketupat Palas 4 Ketupat Palas 5

Yang ni ketupat daun palas yang dah siap diisi dengan pulut.. sekarang tengah siap2 nak kukus dekas bekas ni.. kalau tengok semalam cepat je masak ketupat daun palas ni..

rendang ayam

ni pulak rendang ayam yang tengah dimasak.. masa akau buat entri ni.. rendang ni tak masak lagi.. dia orang kata kena masak sampai kering.. tengok je dah sedap ni.

kuah laksa 1

Hai takkan hari raya makan ikan rebus kot.. hehehe.. sebenarnya ikan rebus ni nak dibuat isi untuk kuah laksa penang.. menu wajib di rumah ibu mertuaku.. tak raya pon menu ni mesti ada..

kuah laksa 2Tu dia.. kuah laksa dah siap.. tadi masa aku gi ambil gambar tengah mendidih ni.. ni pon tak masak lagi. tapi bila dah tengok kuah je.. macam nak makan laksa masa ni juga je.. hahaha

Nilah antara juadah yang disediakan di rumah mertua aku.. untuk hari ini.. bagaimana dengan korang pulak.. Apa juadah istimewa di hari raya korban ni?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. sedapnya tengok kuah laksa tu. ketupat palas jarang dpt makan, maklumlah org Selangor ;)

    menu istimewa di rumah mak sendiri : nasi impit dimakan dgn rendang kerang & ayam masak merah. menu di rumah mertua pula biasanya nasi daganglah (org Terengganu).

    salam aidil adha utk myvitrd & isteri ;)

    BalasPadam
  2. wah best nye.. ade masak2..

    geng.. ada perkembangan terbaru ke pasai myvi mode hang..

    BalasPadam
  3. wah!!! meriahnya... best tu.. semoga bergumbira...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..