Perkembangan Myvitrd Junior

 

Salam semua,

Sedar tak sedar hari ni dah 1-11-11.. semua angka satukan.. semakin hari semakin bertambah usia kita.. harapnya bila usia bertambah bertambah jugalah amal ibadah kita insyaallah.

myvitrd junior

Semakin hari semakin dekat masa untuk aku menanti kehadiran cahaya mata pertama ni.. kekadang rasa risau, takut dan tak kurang gembira juga.. sapa yang tak gembirakan nak dapat baby sulung ni.. :-)

Tadi aku gi tengok dekat blog cik malarang jadual bila beliau akan bersalin.. sedar tak sedar kalau ikut jadual tu lagi 47 @ 46 hari lagi cik malarang akan bergelar seorang ibu dan pastinya aku akan jadi sorang ayah.

Minggu ke 33

Kalau menurut widged dekat atas ni sekarang dah masuk minggu ke-33.. dan rasanya beberapa kesan-kesan sampingan dah mulai dirasai oleh cik malarang.. antaranya sekarang beliau sering mengadu sakit belakang, sesak nafas & sukar tidur malam. Paling ketara sekali beliau sering sakit belakang bila duduk terlalu lama. Kekadang tu kalau baring lama pon macam tak boleh nak bernafas dia cakap.. kesian pulak aku tengok.. bila aku tengok nilah sebenarnya susah payahnya pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan.. tahu-tahu bila anak tu keluar je.. langsung tak hormat mak & ayah.. semoga dijauhkan dari kita semua anak-anak serupa ini.

Perkembangan fetus 33 minggu

Semoga isteriku yang tercinta sentiasa tabah mengharungi dugaan ini.. insyaallah susah senang abang sentiasa di sisimu.. Love u Forever Sygku.

Nota : Nak tahu Perkembangan fetus - hamil 33 minggu boleh baca dalam link tu.. kami berdua selalu jadikan website tu sebagai rujukan perkembangan baby kami berdua.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. sy doakan cik malarang and baby sehat...
    xsabar nk tggu baby kluar..hihi

    BalasPadam
  2. hihi tak sabar nak tunggu myvitrd jR keluar nie...dah lain muka cik malarang =)

    BalasPadam
  3. @iEyla : tq.. insyaallah semoga terus sihat

    @Far_east : muka dah bulat sikit.. biasalah org mengandung memang naik kembang.. hehehe.. kembang2 pon masih sayang lagi tau.. hehehe

    BalasPadam
  4. mdh2an cik melarang makin kuat! dan dipermudahkan dia bersalin nnti...amin

    BalasPadam
  5. huhu..tlg sy dah sangat gemuk..

    BalasPadam
  6. cepat ya masa berlalu tak sampai 2 bulan lagi, semoga semuanya berjalan lancar

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..