Pameran Pengantin 11-13 November Mid Valley

 

Salam semua,

Hujung-hujung minggu kalau tak keluar tak sahkan.. betul tak? sebab tu hari ni aku bawa cik malarang dengan adik ipar aku gi ronda-ronda dekat Mid Valley.

Kebetulan hari ni dekat Mid Valley tu ada pulak Pameran Pengantin..so memang bersesuaianlah sangat aku pegi.. opss sapa nak kawin pulak ni?

Wedding Expo 1

Sorry ye bukan aku yang nak kawin.. tapi orang dalam gambar dekat atas ni yang nak kawin (adik ipar aku yang gedik ni)… hehehe.. Dia ni memang suka posing kalau bergambar.. rasa-rasanya nak jadi model kot.. hehehe.. Mati aku kalau tunang dia baca entri aku ni.. cabut.. lari dulu..

Wedding Expo 2

Sebelum masuk ke dewan pameran semua pengunjung diminta untuk register terlebih dahulu.. aku tak registerlah.. tapi wakil dekat adik ipar je.. hehehe..

Wedding Expo 3

Masuk-masuk je dah nampak satu sudut tu ada tulis banner Catering & Wedding Planer.. ni tempat untuk korang dapatkan pakar runding untuk majlis kawin korang.. sediakan duit je.. semua urusan dia orang ni yang uruskan..

Wedding Expo 4

Macam biasa kalau dah nak kawin mesti ada kad jemputankan.. so dekat pameran tu juga ada dijual pelbagai kad jemputan kawin yang menarik dan murah..

 Wedding Expo 5

Salah satu kad jemputan kawin yang menarik hati aku.. design menarik macam sampul surat tu..

Wedding Expo 6 Wedding Expo 7 Wedding Expo 8

Kan aku dah cakap tadi.. banyak kad kawin murah-murah.. bukan setakat tu je bila korang tempat 1000 keping korang akan dapat kotak goodies percuma 1000 juga.. so dah jimat koskan.. tinggal korang isi je kotak tu dengan goodies pilihan korang nanti. 

Wedding Expo 9 Wedding Expo 10 Wedding Expo 11

Teruskan perjalan dalam bilik pameran tu.. kalau tak jumpa perhidmatan photography untuk majlis kawin tak lengkaplahkan pameran tu.. memang banyak pakej yang murah-murah.. korang boleh pilih mana yang terbaik.. bermula dari pra wedding sampai masa majlis kawin tu.. semua pakej ada.

Wedding Expo 12

Sebelum aku bergerak keluar dari bilik pameran ni.. sempat aku singgah dekat satu both pameran untuk test makanan catering dia orang.. sambil-sambil adik ipar aku tanya pasal kos untuk catering.. aku pulak melantak makan nasi beriani.. hehehe.

Bagi aku pameran ni oklah untuk bakal pengantin yang nak mendirikan rumah tangga hujung tahun ni atau awal tahun depan.. korang dah boleh start servey2 sebenarnya.

Jangan lepaskan peluang kalau nak datang pameran ni..sebab pameran ni bermula dari 11-13 November sahaja.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..