My Nuffnang Story

 

Salam semua,

Entri ini ditulis khas sempena Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011

Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011

Aku nak mulakan cerita dari mana pon sebenarnya ni aku tak tahu.. hehehe.. oklah kira belasah jelah.. kalau ikutkan tajuk dekat atas My Nuffnang Story tu rasanya biarlah aku bermula dari sejak bila aku mula kenal nuffnang ni.

Sebelum aku joint dengan komuniti nuffnang ni aku sememangnya dah lama ada blog cuba kata orang tu hidup segan mati tak mahu jelah blog ni.. kebetulan masa tu aku buat blog pon atas sebab suka-suka sebab dekat opis ni ada sorang supervisor aku yang rajin sangat update blog pasal sukan marathon.

Lepas dia racun untuk buat blog maka aku buatlah satu blog yang pada awalnya aku banyak cerita pasal kereta aku.. tak lama lepas tu bila aku dah mula berkenalan dengan cik malarang yang masa tu dah jadi tunang aku, aku pon dah mula menulis cerita pasal peribadi aku.

Sampailah satu hari tu time aku tengah chatting dekat YM dengan cik malarang, masa tu dia buka cerita pasal NUFFNANG.. memang masa dia cerita tu sepatah haram aku tak tahu apa bendanya NUFFNANG ni.. bunyi pon pelik je.. hehehe.

myvitrd dot com

Adalah dalam 2 bulan lepas dia suruh aku register dekat NUFFNANG baru lah aku joint nuffnang dengan niat asalnya untuk jana pendapatan dari blog.. korang semua mesti niat macam tu jugakan dulu.. hehehe.

Jadi pada tarikh keramat tu 14-11-2009 maka sahlah aku menjadi ahli dalam komuniti nuffnang yang sekarang ni kurang beberapa hari lagi genap usia 2 tahun aku bersama nuffnang.

APA YANG AKU DAPAT LEPAS BERSAMA NUFFNANG?

Korang ingat lepas aku joint nuffnang tu terus dapat duit ke? kalau itu anggapan korang sudah tentunya korang silap.

Ok sebelum aku nak cerita pasal duit aku nak cerita pasal apa istimewanya yang aku dapat bila joint dengan nuffnang.

Antaranya aku dapat kenal blogger-blogger yang selama ni hanya tegur menegur dalam blog je.

Digi Buka Puasa 1  Digi Buka Puasa

Gambar dekat atas tu adalah gambar aktiviti bersama nuffnang “Berbuka Puasa bersama blogger dan Digi Angels” yang pertama aku sertai.. masa ni aku tak kenal sorang pon blogger.. kira aku datang main redah je dengan cik malarang.

Kalau korang nak tahu dekat event pertama ni jugalah aku dipilih oleh pihak Digi untuk membuat review produk mereka.

Dgi gadget review Digi-man

Event ke-2 yang aku joint bersama nuffnang adalah semasa DiGi Angels Internet Gathering, kali inilah baru aku kenal dengan beberapa blogger seperti eyriqazz, Jejai & Shah

Gplusmy PA162463

Seterusnya aktiviti ke-3 yang aku sertai bersama nuffnang adalah semasa Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting dan bermula dari meeting inilah aku mula mendapat banyak jemputan event-event anjuran nuffnang.

KDU 1- Nokia kdu-Nokia 2

Tak habis disitu penghujung tahun 2010 juga aku menghadiri Bengkel Nokia’s Ovi App Wizard bersama Nuffnang yang mana masa tu juga baru aku kenal dengan blogger bean moreno.

Rasanya kalau aku tak join komuniti nuffnang mana mungkin aku boleh kenal dengan blogger-blogger ni semua.

ahli G  badminton 2011_thumb[1] Liyana-Jasmay-maybelline-new-product

DiGi Live Facebook 1_thumb[7] Digi - Sony Ericsson 5_thumb

CityGolf 18_thumb[1]

buka puasa nuffnang-samsung 8_thumb[1] blogger Buka puasa digi 10_thumb[4]

Masuk tahun 2011 sahaja hampir 10 event yang aku telah sertai bersama nuffnang yang mana korang boleh baca dilink dibawah.. sebenarnya banyak lagi event-event yang dianjurkan oleh nuffnang tapi tak semuanya dapat aku sertai ekoran kekangan masa dan kerja aku.

2 Jam Bersama Big Bos Nuffnang di New Vision Badminton Academy

Jadi Bodyguard Cik Puan Di Pelancaran Produk Maybelline

DiGi Live Facebook Party For All

Pelancaran DiGi Sony Ericsson W8

Tuah Seorang Blogger Menang Kereta BMW X6 di CityGolf

Sesi Buka Puasa DiGi Nuffnang 2011 | Ada Blogger Yang Kecewa

Majlis Berbuka Puasa, Terima Kasih Nuffnang Dan Samsung

DSC02591

Tak berkesudahan dengan Event, nuffnang juga bermurah hati pernah memberikan aku hadiah tiket wayang sempena hari jadi aku..bukat satu tiket tapi 4 tiket wayang.

NAK TAHU CERITA PASAL EARNING PULAK?

Nuffnang income

Siapa sangka dengan cek pertama yang aku terima sebanyak RM64.50 akhirnya bertambah dari masa kesemasa.

Paling aku tak sangka sepanjang hampir 2 tahun aku bersama nuffnang lebih dari 2K pendapatan tambahan berjaya aku kumpul hasil dari buffered earning & sponsored post.

Daripada apa semua yang aku dapat dari nuffnang mana mungkin aku nak meninggalkan nuffnang dengan begitu mudah. “im still love NUFFNANG

BAGAIMANA DENGAN ANDA SEKARANG ADAKAH ANDA MAHU MENYERTAI NUFFNANG?

Bagi aku bukan wang ringgit yang dicari dalam komuniti nuffnang tetapi hubungan kerjasama dan bantu membantu diantara kalangan blogger yang bernaung dibawah nuffnang… itu yang menjadi keutamaan aku.

Rasanya cukuplah setakat itu dahulu apa yang aku ceritakan pengalaman aku sepanjang bersama nuffnang.. Bagaimana dengan pengalaman korang pula?

Sebelum terlupa baca pesanan dari pihak penaja Nuffnang Asia Pacific Blog Awards:-

Nuffnang Asia Pacific Awards 2011

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Andai ada rezeki dapat jemputan ni.. bolehlah aku jumpa dengan blogger dari luar negara dan dalam negara nanti.. tapi harapnya masa tu cik malarangku tak bersalin lagilah.. takut2 bersalin atas karpet merah pulak.. hehehe

Jika anda ingin bersama blogger-blogger nuffnang pada malam itu nanti jangan lupa baca di Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. @Hamzah ian : bagi no.akaun nanti saya transfer... hehehe

    BalasPadam
  2. bersalin atas karpet merah tu menarik gak bro... ahhaha

    BalasPadam
  3. @Daydeck86 : memang jadi sejarah jawabnya bro.. hahaha.. terus jadi anak angkat nuffnang.. hahaha

    BalasPadam
  4. dapat join event ngan kengkawan blogger memang menyeronokkan....betul tak ?

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..