Wednesday, November 9, 2011

Langkah Pertama Untuk Membeli Rumah

 

Salam semua,

Entri hari ini adalah merujuk kepada pertanyaan dari seorang saudara aku di Johor Bahru yang ingin membeli sebuah rumah dan beliau tidak tahu apa langkah yang perlu dilakukan untuk membeli rumah tersebut.

Beli Rumah 

Jadi apa yang aku nak ceritakan dekat sini adalah paling mudah berdasarkan pengalaman aku sendiri  memiliki rumah idaman tahun ini.

Rata-rata semua orang berkeinginan memiliki sebuah rumah sendiri yang selesa, samada yang bujang, yang bakal berkahwin dan yang telah berkahwin.

Apa langkah pertama yang perlu anda lakukan?

Pastikan korang ada budget untuk membayar bulanan rumah yang ingin dibeli tu.

Sebagai contoh : Setelah korang  kira-kira tolak hutang PTPTN, bayaran bulanan kereta, kad kredit (kalau ada), sumbangan ibu ayah (wajib ni), duit sara diri, maintenance kereta (termasuk minyak + tol) dan lain-lain maka baki dari gaji bulanan korang masih berbaki RM500, So badget korang untuk bayar bulanan rumah mesti tidak lebih dari RM500 sebulan.

Macam mana nak kira budget harga rumah dengan jumlah badget bayaran bulanan RM500 tu?

Korang boleh gunakan contoh kalkulator dekat bawah ni.. sebagai panduan berapa harga rumah yang korang boleh beli untuk bayaran bulanan RM500 tu.

Kalkulator Pinjaman Perumahan 1

Amortization Schedule Calculator

Setelah korang kira-kira guna kalkulator tu korang dapatlah jumlah pinjaman RM100,000 dengan bayaran bulanan lebih kurang RM5xx.00.

Dari situlah korang boleh buat survey harga rumah yang bernilai RM100,000 ke bawah korang layak untuk beli.

Kat mana pulak nak survey rumah untuk dijual ni?

mudah dot my

Sekarang dengan internet banyak website yang memaparkan iklan untuk menjual & membeli rumah seperti Mudah.my & iProperty.com.my.. korang cari je dalam tu.. cari rumah yang harga sekitar RM100,000 je ye sebab kalau lebih budget korang untuk bayar bulanan takut tak cukup nanti.

Macam aku sebelum ni, aku dapatkan rumah dengan survey melalui Mudah.my je.

Ok andai kata rumah yang berkenan dihati dah jumpa dan harga sama seperti budget korang.. maka korang boleh buat temujanji dengan penjual @ agent rumah tu untuk buat site survey.. Jangan terburu-buru atau terlalu excited nak memiliki rumah tu sampai tak buat survey pon.. nanti korang yang akan menyesal pulak.

Paling elok korang dapatkan nasihat atau pandangan dari orang-orang yang biasa beli rumah atau tanya keluarga korang pandangan rumah yang nak beli tu.. sebab kekadang pandangan orang ni pon perlu diambil kira juga.

pinjaman-perumahan

Langkah seterusnya bila site survey pon dah buat.. korang boleh terus booking rumah tu atau minta tempoh seminggu untuk beri keputusan samada korang bersetuju nak beli atau tidak rumah tu.. bukan apa.. mungkin dalam tempoh seminggu tu korang boleh fikir-fikirkan semula samada korang ni betul-betul nak beli atau tidak. (Jangan terburu-buru confirmkan terus nak beli rumah tu)

Bab harga booking ni bergantung antara korang dengan penjual tu.. kekadang ada penjual yang minta RM500 dan ada juga yang minta 1% dari harga rumah.. so korang sebenarnya boleh bincang dengan penjual tu.. Tujuan booking ni adalah sebagai tanda jadi yang korang bersungguh nak beli rumah tu.. dan penjual tu takkan offer lagi rumah tu dengan orang lain.

peguam

Andai kata booking pon korang dah buat.. so langkah seterusnya adalah proses untuk membuat loan bagi rumah dan mencari lawyer utuk menguruskan dokumen S&P (Sale & Purchase Agreement)

Urusan loan rumah ni.. korang boleh cari sendiri dengan membuat permohonan di seberapa banyak bank yang ada.. tujuannya adalah untuk membuat perbandingan kadar interest yang nak diberikan.. so andai kata ada 2 ke 3 bank yang lulus pinjaman tu korang pilihlah bank mana yang nak offer interest rendah.. orang bengong je yang akan ambil interest tinggi ni.. hehehe.

Bab urusan lawyer juga korang boleh cari sendiri lawyer atau pun korang nak senang urusan korang guna je lawyer penjual tu.. sebab andai kata banyak lawyer yang digunakan biasanya tempoh urusan pembelian akan memakan sedikit masa.

Walau apa pon pilihan ditangan anda.

Macam pengalaman aku sebelum ni.. Lawyer aku cari sendiri dengan recommend dari adik aku.. dan pada masa yang sama penjual rumah tu pon menggunakan lawyer yang sama dan paling senang urusan aku masa tu.. untuk lawyer bank juga menggunakan lowyer yang sama.. Jadi aku hanya perlu berurusan dengan seorang lawyer sahaja.

Contoh Surat-Perjanjian-Jual-Beli

 Kredit : google.com | Contoh Surat Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P)

Setelah urusan pinjaman selesai atau dalam erti kata lain pinjaman dan lulus.. korang tak perlu lagi banyak kerja nak ke hulu dan ke hilir sebab lepas tu semua urusan akan diuruskan oleh pihak lawyer.

Korang hanya tunggu masa lawyer akan panggil untuk menandatangani surat perjanjian jual beli (S&P)… biasanya S&P ni akan dibuat bila loan dah lulus.

Seperkara yang korang perlu tahu.. biasanya bila S&P dah ditandatangani.. pihak lawyer akan meminta sejumlah bayaran untuk wang pendahuluan 10% dari harga rumah tu.. kecuali loan rumah korang lulus 100%.. sekiranya lulus 90% korang sediakan duit sendiri baki 10% tu.

Perlu diingat ada sesetengah lawyer juga akan meminta sebahagian wang pendahuluan bagi fee untuk yuran guaman.. macam aku hari tu.. lawyer minta 1K untuk yuran guaman dan bakinya aku bayar bila dah nak serah kunci oleh pemilik rumah tu..

Bab bayaran yuran guaman ni korang boleh bincang awal2 dengan lawyer yang korang lantik tu.. term bagaimana bayaran nak dibuat.

kunci rumah baru

Perkara penting yang korang kena ingat dalam S&P tu adalah.. dalam tempoh 3 bulan setelah S&P di matikan Duti Stem.. pihak bank perlu menjelaskan keseluruhan bayaran baki pembelian kepada penjua.. sekiranya bank gagal dalam tempoh 3 bulan menjelaskan urusan pembayaran kepada pihak pembeli.. korang boleh dikenakan charge penalty lewat.. dan kadarnya mengikut kiraan harian.

Cerita Penalty ni adalah berdasarkan pengalaman aku.. dek gara-gara ada masalah kelewatan pihak bank untuk membayar penjual tu.. aku dikenakan penalty untuk tempoh lewat 45 hari.. apa lagi.. bayor jelah dekat tn. rumah.

Sebab tu kita sebagai pembeli ni kena kerap-kerap contact lawyer untuk bertanyakan urusan pembelian tu.. sebab kalau lewat kita akan didenda.

Oklah rasanya setakat itu dulu yang dapat aku kongsikan dengan korang semua yang bercadang atau merancang nak beli rumah ni.. sekirannya ada kekurangan korang boleh tambah dibahagian komen dibawah ye..

Bercita-cita nak jadi macam mamat ni.

11 comments:

  1. Saya dah beli first rumah.... tapi jauh dr tempat kerja... maybe akan beli rumah flat..dekat sikit...

    ReplyDelete
  2. @zakeri : tulah bro.. kekadang faktor jarak dengan tempat kerja pon kena fikir juga.. kekadang kalau jauh dari tempat kerja.. kos lagi meningkat

    ReplyDelete
  3. tahniah bro..bercita2 nak ada banyak rumah macam abangensem..plan rumah ketiga nak beli di terengganu or kelantan...nak buat homestay....

    hik3...hopefully tercapaila angan2ku itu...

    ReplyDelete
  4. @eyriqazz : tulah bro.. kalau tak mula dari sekarang memang tak boleh.. semakin lama semakin tua.. aku nak melabur dalam 4D (duduk diam dapat Duit).. setuju tak?

    ReplyDelete
  5. wow.. tahun 2046.. lama jugak tu eh.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. @kid : tulah kid.. nak kurang bayar bulanan kenalah bagi tahun panjang sikit.. tapi takpe.. agak2 5 tahun sekali buat keluarlah KWSP akaun 2 untuk bayar baki pinjaman.. cepat abis sikit..

    ReplyDelete
  7. Great explanation bagi saya sebagai perunding hartanah yang baru belajar. Sudi sudilah melawat blog saya:

    http://www.bisnesrumah.com/

    ReplyDelete
  8. Kalu nk dptkan nasihat atau pandangan kat mana boleh tanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rujuk blog jutawan hartanah ni.. http://abangensem.com/

      Delete
  9. salam ... macam mana nak pastikan kita membayar booking pada agen yang betul & mengikut prosedur yang betul? saya takut kena tipu ja ...

    saya dah berkenan satu rumah ... dalm proses nak bayar booking ja ... kawan2 saya xdak yang dapat membantu sebab kebanaykkan mereka beli rumah baru ... kata mereka , prosedur xsama dengan beli rumah 2nd hand ...

    mengikut agen , booking boleh dibayar pada dia bila2 masa ja ... dia akan keluarkan borang / resit kot ...

    ReplyDelete
  10. Info yang sangat Menajubkan. Cari Perumahan Murah berkualitas? Mampir Saja ke Citra Harmoni

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini