Karipap Berintikan ???

11/02/2011 11:25:00 PTG 10 Comments

 

Salam semua,

Sebelum aku nak tidur tadi cik malarang ada ceritakan pasal karipap yang aku belikan tadi pagi untuk buat sarapan tu berintikan ???.

Kenapa aku guna simbol tanda soal tu? sebabnya aku pon tak tahu nak cakap apa sebenarnya inti dalam karipap tu.. sebab tu aku guna simbol ???

First entri ni bukan untuk aku memalukan mana-mana peniaga kuih.. cuma nak beri peringatan supaya ketika buat kuih tu berhati-hatilah selalu & jangan cuai.

Karipap Misteri 1 Karipap Misteri 2 Karipap Misteri 3 Karipap Misteri 4

Korang cuba perhatikan image 1 hingga image 4 apa yang korang boleh simpulkan? sebenarnya kalau korang perhatikan betul-betul inti karipap tu bukanlah dari ubi kentang atau sardin tetapi karipap dekat atas tu berintikan seketul tepung gandung yang dah diuli.

Aku tak salahkan peniaga tu.. mungkin masa dia buat kuih karipap ni adalah salah sorang anak kecil dia tolong masukkan inti sekali.. tapi mungkin anak kecil tu main-main dan bukan inti sebenar yang dimasukkan tetapi tepung yang dikepal bulat-bulat.. (ni teori aku je)

Selamat dalam karipap tu tepung gandung kalau benda lain macam mana? sebab tu kalau boleh tukang buat kuih tu sentiasalah berhati2 supaya benda-benda macam ni tak berlaku lagi.

Secara peribadi aku cakap dengan wife aku tadi .. mungkin makcik jual kuih tu tak perasan ada satu karipap dia yang anak dia buat main-main dia jual sekali.. hehehe

Kata cik malarang.. patut dia cuma gigit karipap tu liat semacam je.. rupanya intinya benda asing… hehehe.. kekadang tu kelakar juga benda-benda macam ni.

P/S : Semoga dapat renungan kita bersama.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. boleh plak.huhu. nasib baik bukan benda lain..

    BalasPadam
  2. aku ingatkan mula2, inti telur.. huhuhu

    BalasPadam
  3. @hafizulhakim : tulah pasalnya..

    @Kid : mula2 masa wife aku tunjukpon ingatkan telur juga bro.. sekali dia cerita tepung tak masak dalam tu.. hampeh betul

    BalasPadam
  4. laaa = leh berlaku juga yerkkk

    BalasPadam
  5. dah terpikir inti lain yg diletak td..sib baik kamu terangkan itu seketul tepung...kalau betul apa yg di pikirkan kamu nie, sepatutnya mak cik nie kena lah berhati2 masa buat kuih.

    BalasPadam
  6. halalkan jelah hehe mungkin tak sengaja

    BalasPadam
  7. mungkin makcik jual kuih tu tak perasan ada satu karipap dia yang anak dia buat main-main dia jual sekali.

    BalasPadam
  8. yup2...sah anak makcik tu tlg mak dia buat kuih karipap tp salah resipi...salah inti...huhuhu, seb bek bukan bende2 yg bukan2 kan?

    BalasPadam
  9. kalau peniaga kuih aku leh kontrol sabar lagi....tapi kalau makan kat restoran hidang makanan bermasalah mmg nak kena sound direct la kan....

    BalasPadam
  10. Tengok gambar macam inti durian. Sekali inti tepung daa.. Resipi baru kot. Kalau tepung tu dicampur dengan perasa daging ok gak kan. Heheh

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..