Checkup Minggu Ke-37 KPJ Damansara

11/25/2011 10:46:00 PTG , , 5 Comments

 

Salam semua,

Alhamdulillah syukur kepada ilahi atas kurniaan ini.. siang tadi sekali lagi aku temankan cik malarang gi buat checkup untuk minggu ke-37.. ada orang kata minggu ke-37 ni dah boleh bersalin.. betul ke?

Checkup KPJ Damansara 1

Hari ni.. kami orang kedua daftar dekat klinik ni.. lagi pon staff nurse ni dah call cik malarang yang katanya doktor hari ni lewat sikit sbb ada pasakit yg operation.. jadi lepas register tu kita orang terus gi makan dekat cafe hospital ni.

Lebih kurang 11.15 staff nurse dah call kata doktor dah sampai.. so kami pon gilah jumpa doktor untuk buat check yang patut..

Sekali doktor check kata baby tak turun lagi.. tapi aku dah cakap dengan doktor yang malam semalamnya cik malarang tak boleh tidor semalaman sebab perutnya asik mengeras je.. doktor kata tu perkara biasa bila org nak bersalin.

Tu tanda-tanda awal baby dalam proses false contraction. Jadi bila dah baby selalu mengeras ni doktor minta cik malarang gi buat CTG.. apa bendalah CTG ni pon aku tak berapa nak faham lagi.. tapi lebih kurang macam scan denyutan jantung babylah.

Checkup KPJ Damansara 2

Korang tahu masa yang diambil untuk buat CTG ni kalau tak silap aku 30 minit.. fuhhh punyalah lama.

Checkup KPJ Damansara 3

Tu dia cik malarang tengah baring sambil buat CTG.. muka senyum2 malu.. penat katanya baring.. hai baring pon boleh penat ke syg? hehehe

 Checkup KPJ Damansara 4

Nilah dia mesin CTG tu.. apa yang aku faham ada nampak nombor degupan jantung je.. kejab rendah kejab tinggi dan last sekali keluarlah report macam dekat gambar atas tu.

Korang tahu paling best doktor pesan dekat cik malarang apa.. sebelum nak balik tu.. doktor kata kalau nak bersalin awal.. banyakkan berjalan paling senang doktor kata bawa gi shoping complek.. huhu.. bila dengar shopping complek je.. aku yang keruk kepala.. hehehe.

Takpe syg.. insyaallah ada masa nanti abg bawa gi ronda-ronda ye.. supaya senang bersalin nanti.. :-)

Dalam menanti hari2 yang mendebarkan ni.. aku sememangnya tak boleh nak selalu berjauhan dengan cik malarang ni.. takut tiba-tiba sakit perut nak bersalin susah juga kalau aku takda masa tu.. Doakan semoga cik malarang dipermudahkan masa bersalin nanti.. amin.. 

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. masa nie bila2 pn blh besalin..moga cik malarang selamat besalin baby yg kiut mcm mamanya..hehe

    BalasPadam
  2. tips yg doktor kasi kompon senyum lebar cik mlarang ko bro..heheh

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..