Checkup Minggu Ke-34 di KPJ Damansara

11/05/2011 08:00:00 PG , , 2 Comments

 

Salam semua,

Semalam punya cerita cik malarang dah start buat checkup dekat KPJ Damansara tempat yang mana dirancang untuk bersalin nanti.. Kalau sebelum ni cuma checkup dekat Poliklinik Yazmeen dan Mahanum di TTDI.. jadi bila dah masuk minggu ke-34 ni kami pon bertukar ke hospital tempat bersalin tu untuk buat checkup.

KPJ Damansara

Dekat KPJ Damansara ni hanya ada satu je doktor muslim perempuan yang jaga bahagian sakit puan ni.. yang lain kalau tak silap aku India dengan Cina je.. lagi pon semua doktor lelaki.. siang-siang lagi aku dah cakap dengan cik malarang “kalau nak bersalin nanti abg nak doktor perempuan muslim je” tu yang bila aku tanya dekat Poliklinik dekat tempat checkup tu dia cadangkan KPJ Damansara.

KPJ Damansara 1

Sampai-sampai je dekat Klinik Sakit Puan tu.. sunyi je.. bila aku tengok2 rupanya takda orang lagi.. kira aku ni orang firstlah sampai.. terus registerlah.. sebab konsep dekat klinik ni.. sapa datang awal dia berurusan dulu dengan doktor.

Kalau tak silap aku sampai jam 9.15.. tapi doktor masuk klinik Jam 10.00.. jadi lepas register tu.. kita orang gilah sarapan dulu dekat kafe KPJ ni.

KPJ Damansara 2

Sejak berbadan dua ni.. susah benar cik malarang nak possing ambil gambar.. ni pon beberapa kali aku suruh senyum barulah dia nak senyum.. katanya malu badan dah kembang2 semua.. ala biasalah tukan orang mengandung ni memang semuanya kembangan.. perkara biasalah tu.

KPJ Damansara 4

Kan aku cakap tadi sementara tunggu doktor sampai.. kami gi sarapan dulu.. korang tengok menu sarapan aku.. ni sarapan ke kebulur ni.. hahaha… Nasi Putih + 3 lauk tu RM7.00, kira oklah tu kot harga tukan.. lagi pon dekat hospital ni makanan memang boleh tahan semuanya.. sarapan dekat atas tu aku tak makan sorang tau.. kongsi berdua dengan cik malarang.. hehehe.. tapi yang makan lebih mestilah aku.

KPJ Damansara 3

Lepas sarapan je.. kami terus g klinik semula.. sampai-sampai dah penuh dengan ibu-ibu yang mengandung.. selamat aku dengan cik malarang register awal.. kalau tak mau sampai ke petang aku tunggu.

Bila doktor dah masuk je..macam biasalah akulah dengan cik malarang orang pertama masuk jumpa doktor.. Lagi pon sebelum ni pernah juga jumpa doktor ni.. so bila masuk je.. doktor cakap “Alhamdulillah perut dah besar ye..” aku dengan cik malarang senyum je.. hehehe.

Macam biasalah.. masuk2 je doktor check apa yang patut dah tu macam biasa perkara wajib biasalah mesti nak scan tengok baby dalam tu.. Alhamdulillah doktor kata baby sihat dan berat sekarang 1.9 kg.. dia minta cik malarang banyakkan makan protein.

Sebelum balik doktor dah bagi ubat macam yang selalu kita orang dapat dekat Poliklinik sebelum ni.. dah tu terus buat temujanji untuk checkup seterusnya 2 minggu lagi..Kalau sebelum ni checkup sebulan sekali.. tapi bila dah masuk minggu ke 34 dah seterusnya akan pergi checkup 2 minggu dan bila dah dekat2 nak bersalin nanti kalau tak silap aku seminggu sekali kot.

Kurang lagi 6 minggu rasanya tempoh due cik malarang ni.. so doakan kami sekeluarga semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan segalanya nanti..

Insyaallah nanti ada perkembangan terbaru aku sambung semula entri ni ye… sebelum terlupa.. aku sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Dunia ni dan juga rakan-rakan blogger yang beragama Islam.. Kepada yang pulang ke kampung berhati2 sentiasa di jalan raya.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. bagus saya pun dulu macam tu juga, mesti nak doktor pompuan yang muslim.... tapi kalau dah terdesak masa nak bersalin ok le, kalau yang masa check tu kenalah yang wanita muslim ya, just my opinion

    BalasPadam
  2. @Sharinginfoz : memang betul bro.. kalau terdesak dah lain cerita.. kalau boleh sebaiknya carilah wanita muslim

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..