Video Kemalangan Maut Indycar Di Las Vegas Speedway 2011

10/17/2011 09:09:00 PG , , 2 Comments

 

Salam semua,

Tengah-tengah layan Facebook tiba-tiba aku tengok satu berita dari facebook berita harian mengenai kemalangan maut yang melibatkan 15 buah jentera lumba Indycar.

Serius aku katakan ni first time aku dengan nama perlumaan IndyCar ni.. tapi setelah aku google tadi baru aku tahu jentera Indycar ni hampir menyamai jentera F1 tapi tidak sama.

Sedikit sumber berita tentang Formula F1 Vs Indycar

Jom layan Video kemalangan maut ni.

Pemandu IndyCar maut ketika berlumba
2011/10/17

LAS VEGAS: Pemandu kelahiran Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan buruk pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar, pagi tadi.

Wheldon, 33, pemenang Indianapolis 500 pada Mei lalu, mati akibat kecederaan parah selepas keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 kereta.

Beberapa kereta lain turut melambung manakala selebihnya terbabas akibat terbakar.

Ketua Eksekutif IndyCar, Randy Bernard, berkata pihaknya amat sedih apabila mengumumkan bahawa Wheldon mati kerana kecederaan parah.
"Ingatan dan doa kami untuk keluarganya hari ini. Pemandu-pemandu lain sudah dimaklumkan mengenai kematian mendiang sebelum Bernard membuat pengumuman rasmi," katanya. – AFP

Sumber : Berita Harian Online

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. adeehhh... kebelakangan ni, asyik video langgar2 je.. huhuhu

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..