Toyota Passo 2007 Idaman Kalbu

10/18/2011 04:15:00 PTG 4 Comments

 

Salam semua,

Musim-musim kekeringan idea ni, rasanya baik aku kongsikan gambar je.. so hari ni aku nak kongsikan beberapa keping gambar kenderaan idaman aku yang menyerupai Myvi.. Kalau korang perasan tentu korang pernah jumpa model-model kenderaan ni di atas jalan raya malaysia.. yang sememangnya menjadi kesukaan pak JPJ mencari duit kopi.. hehehe.

p6-2

Kenderaan ni  berasal dari negara matahari terbit di kenali sebagai Passo keluaran Toyota yang mana memang tidak dijual di Malaysia kerana di Malaysia dah ada Myvi keluaran Perodua.

So kalau korang terjumpa dijalan raya Malaysia kemungkinan besar kenderaan tu telah diconvert oleh peminat-peminat passo ni.. tapi tidak mustahil ada sebiji dua passo Ori diatas jalan raya negara kita kerana sudah ada beberapa syarikat pengimport kereta terpakai cuba menjualnya di Malaysia… tapi perlu diingat harga yang cuba dijual sangat GILA sehingga harganya menyamai Myvi Lagi Power Lagi Best.

f ei r b1 b

Apa yang menariknya aku sendiri memang dari dulu sampai sekarang memang minat dengan model passo ni.. mungkin kerana design luarannya yang menarik menjadikan ramai pemilik kenderaan myvi menukar beberapa bahagian body part myvi ni kepada passo.

Sampaikan ada yang sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit menukar keseluruhan body part myvi ni kepada passo.. sehingga bila dilihat sekali pandang memang 100% sama dengan Passo di Jepun.

p5-2

Kalau korang tanya aku kenapa orang suka sangat buat modifikasi kereta ni.. jawapannya adalah KEPUASAN.

Kalau orang perempuan sukakan shopping, begitu juga orang lelaki mesti ada minatnya tersendiri.. Kata orang kalau ada RM semuanya boleh.. nak jadikan kereta macam kapal terbang pon boleh.. hehehe. 

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. yeah idaman kalbu saya jugak...siyes lawa dok tgk myvi lepas modified jadi passo... kepuasan bila dpt modified kan

    BalasPadam
  2. @far_east : rupanya ada orang lain juga ye minat selain saya.. hehehe

    BalasPadam
  3. Cantik mmang le cntik,saya pn bru dpt pkai lampu blakang je passo,ingt nk convert body skali,tp isau jd perhatian abg2 jpj..

    BalasPadam
  4. Cantik mmang le cntik,saya pn bru dpt pkai lampu blakang je passo,ingt nk convert body skali,tp isau jd perhatian abg2 jpj..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..