Rezeki Bulan Oktober | 15 Buffered Earning Terkumpul

10/02/2011 06:13:00 PTG , 1 Comments

Salam semua,
Semua orang tahu mana-mana blogger yang mendaftar dibawah nuffnang pastinya ternanti-nantikan buffered earning ni bukan.. Apa istimewanya buffered earning ni yang menjadi kegilaan semua blogger?
Sebenarnya dengan adanya buffered earning ni dan jumlah trafik yang tinggi disatu-satu blog tu ianya dapat membantu meningkatkan earning sesebuah blog tu.
Syukur alhamdulillah setelah lebih sebulan blog ni sunyi dari buffered earning akhirnya berderet-deret pulak buffered earning melekat dalam blog ni.
Sebenarnya korang jangan salah faham ye buffered earning yang berderet tu bukan blog ni yang punya seorang tapi ada beberapa blog lain yang berkongsi bersama.
15 BE Nuffnang oktober 2011 Satu persoalan yang sekarang aku nak tanya.. apa guna buffered earning yang berderet macam ni kalau trafik semua ciput-ciput belaka.. ye.. walaupun 50 buffered earning sekali pon melekat dalam blog kita tapi kalau trafik semua ciput.. memang tak memberi makna apa-apa.
So untuk memaksimumkan pendapatan dari blog.. trafik adalah perkara yang penting.. bagaimana nak dapatkan trafik yang tinggi ni, rasanya tak perlulah aku nak terangkan dekat sini.. sebab rasanya dah ramai orang buat tip bagaimana untuk mendapatkan trafik yang tinggi dalam blog.. apa yang korang perlu buat korang google je kalau korang nak tahu lebih lanjut.
Macam aku sendiri pon aku hanya fokus pada 1 blog sahaja walaupun ada beberapa blog lain yang aku uruskan.. ada baiknya kita fokus pada 1 blog sahaja supaya senang nak manage entri-entri dalam tu.
Apa pon terima kasih kepada nuffnang yang sentiasa ingat dekat blog aku ni.. kalau dia tak ingat masakan BE boleh berderet macam ni.. hehehe.. Kalau korang ada blog janganlah segan-segan daftar bersama nuffnang ye.. Apa yang penting keseronokan berblog menjadi keutamaan bagi aku dan hasil pendapatan dari blog ni aku anggap sebagai bonus.. Jangan sampai apa yang dikejar tak dapat yang dikendong pulak berkececeran.. Paling penting JANGAN MENIPU.. Nohtah.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..