Kenapa Abg Sarungkan Cincin Kawin Di Jari Manismu Sayang

10/13/2011 11:46:00 PG 7 Comments

 

Salam semua,

Rasanya hari ini aku kongsi sedikit permainan dengan korang yang dah kawin dan yang akan kawin pada masa akan datang.

Pernahkah korang tanya pada diri korang atau pasangan korang kenapa cincin perkahwinan atau pertunangan disarungkan pada jari manis dan bukan di jari-jari yang lain.

Cincin tunang

Memori terindah yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila..

Cincin kawin

Kalau korang nak tahu jawapannya jom kita main satu permainan.

satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

Permainan Cincin di jari manis

Permainan dimulai dengan 5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1. Cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4. Selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

Kredit: Ceciter Ilmu

Pernah ke korang jumpa orang sarung cincin kawin atau tunang selain dijari manis?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. so sweet..membayangkan jari manis mewakili kehidupan suami isteri..

    BalasPadam
  2. betul penah main ni dulu..so sweet lah jari manis..tapi belum seru merasa cincin di jari manisku..ahah..

    BalasPadam
  3. @far_east : hehehe.. memang sweet so kena cepat2 kawin.

    @anaYana : insyaallah seru akan sampai nanti.. doa2 dan selalu berusaha insyaallah ada jodoh nanti

    BalasPadam
  4. insyaAllah..doa2kan sama hehe

    BalasPadam
  5. hurmmm....sebelum aku penah org citer je bila buat baru la tahu....

    BalasPadam
  6. hehehe...tapi kasih ibu membawa ke syurga...air dicincang tak akan putus....suami isteri kalau dah bercerai...ha, fikir2kan sendiri...

    BalasPadam
  7. sarung cincin di jari lain, nampak pelik.. hehehee

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..