Jom Sama-sama Hulurkan Bantuan kepada Rumah Aman hanya dengan Klik!

10/11/2011 06:02:00 PG , , 5 Comments

 

Salam semua,

Pernahkah korang mendengar Nama Rumah Aman ni? kalau belum pernah ni aku terangkan sedikit apa dia Rumah Aman ni.

RumahAman

Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam, dengan kemudahan yang lengkap untuk menjagak anak-kanak lelaki miskin yang menjadi yatim piatu atau daripada keluarga yang memerlukan. Rumah Aman mula beroperasi pada tahun 2005, dan pada masa ini menempatkan 30 kanak-kanak lelaki pelbagai umur. Di sana, kanak-kanak disediakan dengan pendidikan, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Misi mereka adalah mudah - untuk memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak ini seperti ibu bapa lain untuk anak-anak mereka.

Boleh rujuk entri ni untuk info berkenaan Rumah Aman

Rumah Aman

Kini Nuffnang bersama-sama dengan Churp Churp dan MilkADeal sedang cuba mengumpulkan dana untuk Rumah Aman di TLC Promise Me Musim 2. Sebanyak RM20,000 dana diperlukan sebelum 30 Oktober 2011 ini bagi membantu Rumah Aman untuk kerja-kerja menaik taraf pendawaian elektrik dan sistem pemutus kilat.

group-pic

Apa kata kita di komuniti nuffnang ini sama-sama mendermakan sedikit dana yang kita perolehi dari pendapatan kita agar dapat membantu Ruman Aman ini dengan hanya satu Klik sahaja?

Bagaimana untuk membuatnya?

Satu laman web khas telah di buat di http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011, yang mana anda boleh menyumbang sejumlah kecil daripada pendapatan Nuffnang dengan memotong sedikit pendapatan anda untuk dana Rumah Aman ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah:
- Log masuk ke akaun Nuffnang dan klik pada iklan terapung sebelah kanan akaun anda yang mana ianya akan membuka laman http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
- Pilih jumlah yang ingin anda dermakan dari pendapatan Nuffnang anda (anda boleh memilih daripada RM 1, RM 5 atau RM 10)
- Pilih butang submit, dan anda selesai!

tlc-rumah aman

Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk di website Nuffnang

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. bagus kempen nuffnang dan churpchurp nie..sama2lah kita menderma

    BalasPadam
  2. @far_east : betul2 tak salah kita hulurkan bantuan kepada yg memerlukan .. buat secara ikhlas dan mampu..

    BalasPadam
  3. Rezeki akan bertambah sekiranya kita rajin bersedekah...

    BalasPadam
  4. berblogging, berkempen smbil menderma :)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..