Deritaku Hari Ini Isteri Je Yang Tahu

10/05/2011 09:13:00 PTG , 16 Comments

 

Salam semua,

Akhirnya hari ini aku akur juga untuk berjumpa dengan doktor gigi gara-gara sakit yang aku rasa memang dah tak boleh nak aku tahan lagi.. sejak sebulan yang lalu. kalau sebelum ni aku masih boleh tahan tapi semalam memang aku dah rasa macam nak pecah kepala tahan sakit dan penyudahnya terpaksa aku singgah farmasi untuk beli ubat tahan sakit.

Biasalah dah namanya ubat lepas makan ok.. dah habis kesan ubat tu sakit datang lagi.. tido malam dah confirm-confirm tak boleh… dan penyudahnya cik malarang paksa aku juga gi jumpa doktor.. dan pagi tadi klinik doktor dekat bawah ni yang aku pergi. 

Klinik Gigi

Klinik Pergigian Raffles dekat rumah aku.. sampai-sampai je terus register dah tu terus doktor panggil untuk check.

Sebenarnya dari kecik lagi aku memang dah alah nak jumpa doktor gigi ni.. tak tahulah pasal apa.. rasanya last aku jumpa doktor gigi ni masa tahun 1997 masa aku nak masuk universiti dulu sebab kena buat medical chekup.. kalau kira-kira tu dah dekat 15 tahun aku tak jumpa doktor beb.. hehehe.

Apa yang aku sangkakan bila dah jumpa doktor ingat dah boleh terus cabut gigi yang sakit tu.. tapi malangnya doktor tak nak buat sebab katanya masih sakit dan bengkak.. doktor kata bila dah tak sakit baru datang semula dah tu kena buat xtray sebab gigi aku ni ada masalah tumbuh tak habis so susah nak cabut normal.. doktor kata mungkin kena buat operation.. huhu.. dengar operation je aku dah cuak sekali lagi.

Doktor tu kata kalau cabut normal je mungkin kos dalam RM200.. kalau operation mungkin sekitar RM600.. aduh mahalnya.. ni baru sebatang kalau berbatang2 mau kering poket aku ni.. so doktor kata balik fikir-fikirkan dulu.. nanti dah tak sakit baru datang semula.

So dapatlah MC sehari.. ni kira first time juga aku ambil MC untuk tahun ni.. tahan punya tahan tak mau ambil MC akhirnya kena juga ambil MC.

Ubat Sakit Gigi

Balik dengan rasa hampa dengan berbekalkan ubat-ubat yang pelbagai jenis.. korang tengok je ni.. berapa banyak ubatlah yang kena aku telan sehari ni.. huhu.. ni pon aku tak suka sebenarnya.. tapi nak baik punya pasal so kena ikut jelah apa doktor cakap apa.

Korang yang ada pengalaman gi cabut gigi dengan cara operation ni .. memang harga macam tu ke? aku ingat ada masa nanti aku nak gi hospital kerajaan pulak untuk check semula.. mana tahu kos kat situ murah sikit.. walaupun banyak orang cakap hospital kerajaan ni lambat sikit.. tapi kalau murah why not aku pilih yang murahkan.. betul tak?

* Tq sayangku jaga abg siang & malam time abg sakit-sakit ni.. semoga sayang sentisa diberi kesihatan berpanjang.. love u forever sygku.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

16 ulasan:

  1. gigi bongsu ke ni bro?eden ada pengalaman cabut gigi operation gigi bongsu..mc 4 hari..abis bengkak2 pipi...

    BalasPadam
  2. owhh... penangan adik bongsu kah..? uhuhuhuh. Memang seksa tak terkata kalau sakit gigi ni.. mmg tak dapek nak nolong sakitnyaa....

    operation tak pernah la pulakk.. tapi confirm Doc akan bius kasi kebas kann.. agak ngeri jugak di situu uhuuhu

    BalasPadam
  3. @Eyriqazz : yes bro.. gigi bongsu geraham belakang sekali.. memang terseksa bro.. kos berapa bro hang buat?

    @Izan : tulah.. hanya yg menanggung sakit je yang tahu deritanya.. hope dapat buat cepat2 gigi ni.. selagi rasa sakit & bengkak doktor tak nak buat.. sekarang bergantung pada ubat je..

    BalasPadam
  4. AHM : salam bro, ingat aku lg x? kita sekelas blaja kat ITP dulu. DDC 1. aku pernah operate gigi bongsu ni 2 tahun lepas. kalau kat klinik swasta mmg kene RM450 - RM600. tp sayang tu duit lebur hanya kerana sebatang gg. so aku buat kat kerajaan, appt x lama, seminggu je, bayar pun baru rm50. kalau nak kira sakit, kat mana2 pun sakit. tp not bad la... aku pergi layanan mmg tiptop. 2 kali dia inject bius sebelum cabut tu. aku buat kat Klinik Pergigian Sentul.

    BalasPadam
  5. akupun bakal ni ku tahan jebat

    BalasPadam
  6. @suhaila : wah ingat lagi ko ye dengan aku.. hehehe.. oh kiranya harga tu memang betullah ye sekitar RM600 tu.. tulah memang rancang nak g buat dekat kerajaan jugalah.. jimat sikit duit.. tq bagi cadangan.

    @Bean Moreno : Hahaha.. hari tu eyriqazz kena.. sekarang berjangkit dekat aku.. sikit hari dekat hanglah bro.. nasiblah badan.. huhu.. derita beb.

    BalasPadam
  7. kosnya dalam rm400-600..check out entry ini http://www.eyriqazz.com/2011/06/cabut-gigi-memang-sakit.html

    Nasib baik eden punya ofis cover..cabut tu sakit jugak...lepas cabut tu lagila sakit...demam 3-4 hari...then makan makan pun byk kena pantang..tapi better cabut cpt,kalau idok nanti gigi lain pun boleh terkena tempiassnya..

    BalasPadam
  8. @eyriqazz : ok tq bro atas info ni.. aku tunggu bengkak reda dah tu terus g cabut.. semua kerja serba tak jadi sekarang ni..

    BalasPadam
  9. tu laaa.. meh sini aku tumbuk rahang bro.. hehhee

    BalasPadam
  10. memang tak suka pi klinik gigi

    BalasPadam
  11. This is very nice article because in this article there is story of a man. This is wonderful and fantastic. I like this very much.Thanks for sharing.

    BalasPadam
  12. juz sharing pengalaman saya, bukan nak menakutkan hihi...

    penah cabut gigi geraham bongsu di hospital kerajaan. cabut tepat pukul 12 tgahri. hanya Allahyang tahu betapa sakitnya. dah habis cabut baru doktor tue cakap, alamak saya lupa nak bius awak la dan sepatutnya kes macam awak saya kena buat di bilik operation khas bukan di kerusi biasa yg digunakan untuk cabut gigi..

    adehhh penyudahnya sepanjang hari mulut tak boleh buka langsung dgn darah keluar tanpa henti. akhirnya 1 minggu mc..

    jadi saranan saya, sebelum cabut gigi dapatlah maklumat terperinci dulu supaya tak tanggung sakit di belakang hari..

    BalasPadam
  13. aku pernah operate tuk kuarkan nanah dlm gusi coz gigi garham dah mati lama tak cabut jd bernanah...sakit sgt2 pegi hospital kerajaan dia kata skt gigi biasa...bagi ubt tahan skt n dtg lps dah tak bengkak...doc kata aku gada2 tak thn skt...aku dah nangis2 skt...lps tu kwn mak aku bgtau ada klinik bgs kat tempat aku(kat kg aku kat raub...klinik bh mah)...ml2 tak nak pegi tp dah kene paksa pegi terpaksa lar...lama gak menunggu coz doc ada patient lain seblm aku...bl nama aku kene panggil aku n mak mask dlm bilik tu...doc tgk jer mk aku kt gusi aku bernanah...tak pyh x-ray pun dia tau coz dia doc pakar dl...jd aku pun pasrah lar bl dia kata nak bt operate buang nanah tu...dh skt kan...tp doc nie mmg aku tabik spring btl...start dia bius aku tak rs skt pun...tp lm dia bt operation tuk aku ada lar dlm 2 jam kot...tp serious tak rs skt pun...br2 nie gigi aku skt blk aku pg doc kat s.a....doc india pempuan...adoiii la ganaz btl doc nie...nangis aku dibtnya...nie cdg2 kalo skt lg nak blk kg jer..bt kat klinik bh mah walaupun aku dah bt dl kira2 12thn dl tp aku rs doc tu la yg plg cermat n tak skt...kt tempt lain tak berani aku nak bt...dah la tengah skt gigi...kn tonyoh2 pulak...adooiii la...skt gigi nie...

    BalasPadam
  14. Slm..so abg cmane lepas cabut hri tu? Ni gigi sy plak yg bengkak n sakit bjangkit dah kt 2-3 gigi sbelah dy atas bwh...hosp kajaan or swasta? Brape baya? Brpe lme nk elok? Rasa seksa even blom cabot T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak cabut bro.. lepas makan ubat baik sendiri..

      Padam
  15. Sy pn bru 6 ari cabot gg bongsu...sbb nk wt braces dlm500 cmtu...kt pakar arasu pandan indah..kne bius 2x..x sket pon cume rase la die kongkang mlot kite..tp dr tu ok x ganas...pas abes ubt bius I x mkn lgsung ubt thn saket sbb x aaket sgt...just ngilu sikit n slet sikit je..tp mseh bole bwt bodo n bole thn lg...hehehe seumo idop x pnh ade msalah gg n ny ptame kali cabot gg yg x bermasalah plak tu...naseb dpt dr yg elok...tp disebbkn I x mkn ubat n x jage gusi stil bengkak tp sikit je..jaitan ade yg terbukak sikit..sbb I mkn sume bende n xde pantang hihihi....adoiii sndiri cari pasal...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..