Bercuti Balik Kg Bersama Mertua | Part 2

10/27/2011 12:00:00 PTG , 4 Comments

 

Salam semua,

Ada sedikit kelapagan ni aku nak sambungan balik entri Bercuti Balik Kg Bersama Mertua | Part 1 yang aku tulis 2 hari yang lalu.

Sampai mana ye aku tulis ari tu..oh ok dah ingat balik dah.. sampai yang kami satu family ni gi jalan-jalan shopping dekat area Air Hitam.

Sepanjang dekat Air Hitam tu Kami tak beli apa-apa pon cuma survey je.. Masa ontheway balik ke KL baru kita orang singgah beli 2 pasu untuk ibu mertua aku.. almaklum jelah bawa kereta kecik ni tak boleh nak isi banyak barang.. ingat ada rezeki lebih kena beli kereta lagi panjang sikit kot.. hehehe.

Perjalan di teruskan ke rumah mak ayah aku di Benut.. sampai-sampai je ayah aku dah tunggu kedatangan kita orang.

Rumah aku johor 1

Sampai-sampai je terus menjamu makanan ringan-ringan dulu sebelum kami sekeluarga makan tengahari bersama.. saat-saat nak kumpul macam ni memang susah.. tak tahulah bila lagi mak aku akan berjumpa dengan ibu mertua aku lagi lepas ni.

Yang baring tu mak aku.. mak aku sebenarnya dah lama sakit lumpuh separuh badan.. so buat masa sekarang ni kalau nak bangun atau mandi kena dibantu untuk bangun.. Semoga mak cepat sembuh macam sediakala.. lepas ni boleh bawa mak gi penang jalan-jalan..

 Rumah aku johor 2

Nilah dia anak saudara aku yang baru lahir beberapa bulan lepas.. Muhammad Danish Haikal Bin Zairulail.. Cik malarang suka sangat dengan Danish ni.. hehehe.. Hari ni adik aku nak buat majlis aqiqah untuk Danish ni.. sorry ye semua sebab aku tak dapat nak balik kampung untuk majlis aqiqah tu.

 Rumah aku johor 3

Adik ipar aku yang comel ni.. dengan Danish dan juga pak mertua aku yang sentiasa handsome.. pergi mana-mana mesti baju masuk dalam.. baru nampak sentiasa muda.. hehehe.. jangan marah ayah.. gurau-gurau je.. nilah kali ke-2 ayah mertua aku jejakkan kaki kerumah aku.. tak tahu bila ayah mertua aku leh sampai sini lagi.

 Rumah aku johor 4

Satu-satunya gambar kenangan ni.. Mak bersama ibu mertuaku.. kesian dekat mak.. tak boleh nak bangun.. hanya baring je.. time nilah ibu mertua aku dengan mak baru dapat sembang lama sikit.. masa datang dulu masa aku kawin dia orang sembang sekejab je.. dan 2 tahun baru jumpa semula.. insyaallah bila mak dah baik nanti.. kita bawa gi penang pulak ye.

myvitrdtunang

Gambar kenangan ketika mak & ayah aku berkunjung di rumah mertua aku di Penang, masa masjis pertunangan (24-5-2009)

Family mertua aku tak bermalam pon dekat umah aku sebab esok harinya ada urusan dekat KL.. so petang tu juga kami bergerak balik ke KL.. sebelum gerak balik.. sempat aku bawa family mertua aku berjumpa dengan nenek & tok aku dekat kg.. ni kira first time dia orang jumpa.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku jumpakan family aku dengan keluarga mertua aku.. kalau bukan kita yang temukan mereka sapa lagi yang nak buatkan betul tak?

Restu dari mak dan ayah begitu juga dengan mertua adalah satu kemestian bagi menjamin kebahagian kita didunia & akhirat.. Semoga hubungan kami sekeluarga akan terus terjalin sampai bila-bila… Amin.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. nak kawen dengan seseorang tu kita kena kawen dengan family dia skali... ye dak semoga mak hang cepat sembuh...

    BalasPadam
  2. semoga mak kau sembuh mid...best tak ada family jauh?

    BalasPadam
  3. harap2x kesihatannya akan bertambah baik... tapi ziarah antara ahli keluarga memang penting untuk kekalkan kemesraan ahli keluarga

    BalasPadam
  4. @daydeck86 : betul tu bro.. bukan kita kawin dengan anak je.. kena kawin dengan family sekali.. tq doakan mak saya.

    @BeaN MorENo : tq bro doakan mak aku.. seronok apa family jauh2 ni.. sekali balik kg. aku dapat lalu semua negeri.. dari Utara ke Selatan tu bro.. hehehe

    @Hazman : insyaallah bro.. betul tu bro.. semoga kunjungan ini akan terus berkekalan sampai bila2..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..