2 Wakil Geng Tali Barut Crew Ke Pertandingan Blogger MasterChef Malaysia

10/08/2011 11:27:00 PG , 1 Comments

 

Salam semua,

Pertama-tama maaf kepada rakan2 semua kerana dalam masa 2 hari lepas tiada apa-apa entri yang sempat aku buat memandangkan kesihatan aku pada masa sekarang tidak berapa mengizinkan.

Kebetulan pulak semalam aku terlibat dalam pembentangan bajet 2012 so memang takda masa nak update entri.

Hari lepak dekat umah je sambil tengok status perkembangan pertandingan Blogger MasterChef Malaysia anjuran bersama nuffnang yang tengah berlangsung di The Cooking House (20-1, Jalan 31/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur)

banner_blogger masterchef

Apa yang menariknya 2 rakan dari Geng Tali Barut Crew telah terpilih ke sesi ujian ke-2 ni.. rasa-rasanya siapa ye.. oklah korang mesti kenal dengan nama Jejai @ Teratakarmo yang penuh dengan skandal bersama Fasha Sanda ni… hehehe.. dan sorang lagi memang kalau korang tak kenal tak patut beb.. Kak Ina @ Kakinakl.com (ketua GTBC) yang terkenal dengan masakan kukisnya yang katanya popular sampai ke luar negara.. hehehe.. gurau je kak jangan marah ye.

kakina masterchef

Itu dia Kak Ina tengah potong sayur kot… mana si jejai menyorok ni..

kredit foto dari FB Masterchef

masterchef Jejai

Akhirnya jejai dikesan cuba memecahkan telurnya..

Selalu kita dengar blogger pandai buat entri, gosip & cerita.. tapi hari ni korang rasa blogger boleh masak ke? nak tahu boleh masak atau tidak korang jangan lupa saksikan kehebatan mereka.

So untuk mengikuti perkembangan pertandingan Masakan dari blogger ini korang boleh layari mereka di  http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

Kami di Geng Tali Barut Crew mengucapkan semoga berjaya kepada Jejai & Kak Ina.. Kalau menang jangan lupa kami ye.. hehehe.

*Update Terkini 4:55 P.M

Keputusan Top 5 telah diketahui tadi.. akhirnya Jejai lelaki melayu terakhir berjaya membawa diri keperingkat seterusnya. Tahniah buat Jejai.. Tapi sedih kerana orang harapan iaitu kak Ina tak dapat masuk.. tapi takpe adat pertandingan kalah menang memang dah begitu.. mungkin rezeki kak Ina ada ditempat lain.

Keputusan top 5 blogger masterchef

(Credit picture to Yuen Yee from Nuffnang)

Rujuk entri ini:-

http://www.eyriqazz.com/2011/10/tahniah-je-jai-masuk-final-blogger.html

&

http://www.kakinakl.com/2011/10/blogger-retis-dapat-masuk-top-5-round.html

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. Malesia is a very wonderful place for tourist.The people of different-2 countries come here with their families and friends.It is not compared with any other place.Many 5 star hotels and of each level are present here.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..