Teringat Mee Hailam Pakcik

9/07/2011 04:18:00 PTG 2 Comments

 

Salam semua,

Raya ke3 mee hailam 1

Entah kenapa tiba-tiba teringat pulak mee hailam pakcik yang dihidang masa aku dengan  family berkunjung dekat umah dia minggu lepas time berhari raya.. rugi pulak rasanya aku tak belasah betul-betul.. huhu..

 Raya ke3 mee hailam 2

Si kembar ni pon ikut juga.. sorang belajar dekat Kelantan sorang lagi belajar dekat Shah Alam.. ingat kembar asik nak bersama je ke.. kena pisah juga beb.. hehehe

 Raya ke3 mee hailam 3

Hai meriah pulak umah pakcik aku ni.. mana taknya 2 kereta serbu.. buat appointment awal-awal sebab tu dapat rasa mee hailam.. hehehe.. ni kalau tak silap kali ke-2 cik malarang datang pakcik aku ni.

Raya ke3 mee hailam 4

Macam biasalah adik aku sorang ni memang kaki sembang.. apa yang dia orang sembang pon aku tak dengar.. cik malarang lagi tak faham sebab dia orang ni sembang guna bahasa bugis.. ternganga je wife aku dengar.. hehehe

 Raya ke3 mee hailam 5

Mee hailam dah ready untuk di makan.. apa lagi.. time bahagi-bahagi rezekilah ni.. dimulakan oleh adik aku yang tak geti-geti kenyang… hahaaha

 Raya ke3 mee hailam 7

Sekarang giliran cik malarang ambilkan untuk aku.. emmm lebih-lebih ye kuah mee hailam tu ye syg.. hehehe

Raya ke3 mee hailam 9

Ni pulak adik aku yang dia pegi tenung kuah mee hailam tu pasal apa.. hai Ciko jangan tenung lama-lama pecah pulak mangkuk tu karang.. tentu seronok adik aku ni dapat tumpang muka dalam blog ni.. hehehe

Raya ke3 mee hailam 8 

Last sekali.. kemeriahan ibu-ibu muda ni.. sebenarnya ni semua adik-adik aku yang sorang tu baju biru pantang bersalin pon tak abis lagi tapi semua makanan dia dah bedal.. yang dudukk tengah sms laki dia tu.. anak dia yang pakai baju merah tu.. punya ligat.. katanya bagi makan dekat anak dia sperulina.. ala lebih kurang macam pil vitaman katanya.. entahlah.. tu yang anak dia aktif sangat tu..

Apa pon terima kasih daun keladi buat pakcik aku sekeluarga kerana menjamu kami dengan mee hailam yang sedap malam tu.. tahun depan kami mai lagi.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. hukhuk..terliur tgk mee hailam tuh..hihi

    BalasPadam
  2. nampak meriah mee hailam tue.... taruk daging lebih sure sedap punya...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..