Merah Oh Merah Di Hari Raya Pertama

9/06/2011 12:56:00 PTG 6 Comments

 

Salam semua,

Memory Raya 2011 d3

Masih terkenang suasana hari raya pertama di rumah ibubapa aku di Johor.. kira ni tahun pertama berhari raya di umah aku.. tahun lepas first time beraya di rumah mertua.. so dapatlah aku bezakan suasana hari raya dari 2 negeri di selatan & utara ni.

Rasanya takda banyak yang beza.. yang beza cuma juadahnya sahaja.. kalau di Penang meriah dengan laksanya dihari raya..lemang, ketupat ada juga tapi tak berapa meriah di Penang.. tapi kalau laksa takda cik malarang memang boleh merajuk seminggu beb.. hehehe

Berbeza di Johor.. bagi orang Bugis macam aku.. juadah utama kami adalah BURASAK (google je.. gambar ada dalam internet).. kiranya kalau burasak ni takda.. macam tak lengkap hari raya tu.. Kalau sebelum ni cik malarang tak pandai makan.. tapi sekarang dah pandai sikit2.. hehehe

Burasak Raya

Tapi apa yang bestnya tahun ni.. cik malarang dah pandai buat burasak sekali.. dia belajar dengan nenek aku.. hehehe… kira tahun depan raya dekat Penang boleh test buat dekat Penanglah ye syg.. hehehe

Bab baju raya pulak mak aku kata tahun ni baju raya kita orang warna terbakar.. hahaha.. korang tahu sebab apa mak aku cakap warna terbakar.. mana tidaknya… warna pilihan untuk tahun ni adalah warna merah cili api.. ambik kooo.. mana tak terbakarnya.. hehehe

Memory Raya 2011 d2 Memory Raya 2011 d1

memory raya 2011 a memory raya 2011

Satu lagi budaya dekat kg. aku yang masih lagi wujud setiap hari raya tidak kira hari raya puasa @ hari raya korban adalah budaya Marhaban pada hari raya pertama selepas solat hari raya.

Aku pun tak pasti berapa lama lagi boleh kekal budaya marhaban dekat kg.aku ni.. sebab semakin lama semakin kurang jemaah yang meyertai marhaban ni.

Marhaban Hari Raya 1

Jemaah marhaban sedang berkunjung ke teratak family aku.. suasana ni hanya ada di kg. sahaja.. kalau dekat bandar budaya ni dah tak wujud lagi.. sebab tu raya dekat kg.best

Marhaban Hari Raya 3  Marhaban Hari Raya 2

Lepas marhaban je pasti ada juadah makanan yang dihidangkan .. bayangkan kalau sehari tu ada 20 buah rumah kita naik marhaban.. mau tak kembung perut tu.. hahaha.

Sebab tu setiap tahun dekat umah aku kalau buat marhaban je.. family aku takkan hidangkan juadah yang sama dengan orang lain.. biasanya kita orang akan hidangkan kuih muih je.. sebab kalau hidangkan menu ketupat, lemang, atau burasak.. semua rumah hidangkan juadah yang sama.. dan penyudahnya takda sapa yang makan.

Marhaban Hari Raya 4 Marhaban Hari Raya 5 Marhaban Hari Raya 6

Memang meriah time marhaban ni.. sebab rata-rata saudara mara lelaki akan berkunjung ke rumah.. time nilah nak minta maaf dekat saudara mara.. kalau takda budaya macam ni.. memang hubungan tu kekadang renggang je.

Marhaban Hari Raya 7  Marhaban Hari Raya 9 Marhaban Hari Raya 8

Almaklum jelah rumah family aku kecik je.. sekali kena serbu dengan jemaah marhaban ni.. sampai tak muat.. korang tengok sampai ke dapur lagi.. tapi dia orang ni semua dah biasa dengan suasana macam ni..

Dalam gambar dekat atas tu.. yang baring adalah mak aku yang lumpuh.. kesian mak hanya mampu tengok dari tempat baring je.. rata-rata yang duduk dekat dapur ni sepupu sepapat aku je..

Apa yang pastinya beraya dimana-mana sahaja semuanya seronok tak kiralah beraya di Johor atau Penang.. masing-masing ada keistmewaannya.. Insyaallah tahun ni dengan tahun depan beraya di Penang pulak.. Paling tak sabar cik malarang nak beraya dekat Penang tahun depan.. katanya tak sabar nak beli baju raya untuk Myvitrd Junior.. hehehe

“Selamat hari Raya Maaf Zahir & Batin semua….”

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. wahh..ade lagi ek budaya marhaban ni..
    mase kecik2 dlu ade la kat kg..skrang xde dah.. ;)
    anyway...cantikla plak kaler merah..hikhik

    BalasPadam
  2. @iEyLa : dekat kg. saya di johor budaya ni masih ada.. tempat lain mungkin baraan je ada.. tapi marhaban takda..

    BalasPadam
  3. beraya kt kg mmg best...mcm2 budaya leh nampak...tk mcm raya kt bandar...pagi raya g tgk wayang dulu hehe....

    selamat hari raya!

    BalasPadam
  4. inilah baru suasana raya...bestnyer bagi sapa2 ader kg...

    BalasPadam
  5. wah.. meghahnya mak ngah!!! tanjat boboi dlm peyot cik malarang tu.. hehe..

    BalasPadam
  6. ooo.. burasak eh? baru first time dengar. marhaban tu lama ke bro? kalau lama biasa kul brape habis daa..? hehehee.. sama laaa merah kan?

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..