Gara-Gara Tersilap Makan

9/29/2011 09:47:00 PG , 6 Comments

 

Salam semua,

Rupa-rupanya bukan aku sorang yang mengalami gejala sakit perut dari semalam petang sampai ke pagi.. ramai lagi rupanya dekat opis ni.. tadi pagi aku dah sampai lewat dan selalunya kalau sampai lewat mesti opis dah penuh dengan staff tapi yang peliknya semua macam cuti je.. senyap sunyi dan yang ada 2 ke 3 ketui je.. pasai apa ye?

Sekali kita orang sembang-sembang rupanya hampir semua staff ambil MC gara-gara sakit perut + cirit birit + muntah-muntah.. ni semua gara-gara jamuan makan hari raya semalam dekat opis ni.. adehhh.

sakit perut-hati

kredit foto : google.com 

Memang derita beb.. mana tidaknya  sampai-sampai umah je semalam petang dah start perut mula sakit.. apa lagi lepas masuk umah je terus berlari masuk toilet.. rasanya mau 1 jam aku duduk dalam toilet.. tak lama lepas tu habis keluar semua apa yang aku makan.. terus muntah-muntah.

Lepas tu memang terus lembik dah.. nak buat solat magrib pon tak larat.. tapi gagahkan juga buat solat magrib.. lepas solat terus tertido sampai jam 11.00 malam.. masa tu sakit lagi.. gagahkan diri lagi buat solat isyak.. lepas habis je solat terus berlari masuk toilet semula.. huhu.. tu jelah rutin aku sepanjang malam semalam.. keluar masuk toilet je…

Cik malarang dah tanya .. nak ambil MC tak.. aku kata takyah ok lagi .. boleh tahan lagi.. aku ni memang jenis tak suka ambil MC.. selagi boleh tahan jelah.

Nak salahkah pihak yang bagi jamuan pon tak boleh juga… sebab dia orang pon mana tahu menu masakan tu ada masalah.. apa pon lepas ni kalau nak makan tu kena tengok2lah dulukan.. tapi kekadang tu kalau dah tengok menu semua sedap.. mana nak ingat semua tukan.. hai.. nasiblah badan.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. salahkan pihak katering laa hihi

    BalasPadam
  2. memang ada kes camni. kena rasa food tu betul2 dulu.jangan main bedal je -..-

    BalasPadam
  3. hmmm mesti tension bila sakit perut kan

    BalasPadam
  4. Banyak betul info menarik dan berguna dekat sini. Thanks. Nasihangit dah linkkan blog ni. Kalau tak percaya, boleh check dekat sini.

    http://nasihangit.blogspot.com/

    Nanti share lagi yer info yg menarik. Hehehe :D

    BalasPadam
  5. Ouchh...... Ha..Ha.. What a funny Image ....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..