Check-UP Minggu Ke-28 Baby Tunjuk Jantina

9/23/2011 09:15:00 PG , , 6 Comments

 

Salam semua,

checkup hamil

Alhamdulillah selesai sudah urusan bawa cik malarang gi check-up semalam dekat Poliklinik Yazmeen dan Mahanum di TTDI.. kalau tak silaplah semalam merupakan check-up untuk kali ke-6 kot untuk minggu ke-28.. ada lagi berapa minggu ye?

Macam biasalah masuk-masuk je register dulu… dahlah sampai lewat.. selamat doktor tak keluar lagi gi solat Magrib.. kalau tak menunggulah jawabnya.. Tak lama lepas register doktor dah panggil.

Macam biasalah… doktor tanya ada masalah apa.. aku pulak yang jawab dulu..hahaha.. aku kata kaki ada bengkak ari tu lepas gi jalan-jalan.. so doktor kata .. benda tu perkara biasa (lega sikit aku dengar).. kalau banyak jalan memang kekadang kaki bengkak.. so doktor kata kalau tidor malam dia minta kaki cik malarang tu letak dekat tempat tinggi sikit (lapik dengan bantal).. ada orang cakap kalau kaki bengkak ni.. mungkin ada darah tinggi @ kencing manis.. yeke?

Habis doktor tanya.. doktor minta pergi timbang.. ambik kau.. kali ni berat naik mendadak.. hehehe.. 4.5 kg… ni semua penangan open house rayalah ni.. doktor kata takpe.. sebab masa puasa ari tu berat naik 0.5 je… so kali ni dapat setabilkan semula beratlahkan.

Kali ni masa yang paling aku nanti-nantikan.. apa lagi kalau bukan gi scan.. time scan ni nak tengok baby dalam perut tu.. doktor kata semua ok.. sihat & aktif.. alhamdulillah syukur.. tak lama lepas tu cik malarang bersuara.. “kalau nak tengok jantina boleh ke?” doktor kata “boleh, ari tu tak nampak lagi ke?”.. cik malarang kata “belum lagi” .. scan punya scan.. cari punya cari doktor kata.. baby …… aku toleh tengok cik malarang dengan senyuman.. hehehe. cik malarang pon senyum juga… tapi macam cik malarang was-was je bila doktor cakap baby ….. sebab aku sendiri pon tengok tak berapa jelas.. so cik malarang bercadang kata nak gi buat scan 3D.. sapa ada pengalaman buat scan 3D ni.. memang leh tengok jantina dengan jelas ke?

baby boy or baby girl

Kredit foto : google.com 

Bagi aku baby boy @ baby girl semua aku terima dengan hati terbuka yang penting semua sihat dan selamat bila keluar nanti… betul tak sayangku?

Bukan apa kita orang nak pastikan jantina.. cik malarang tak sabar nak gi shopping barang-barang baby.. so takut beli baju jantina lain.. lain yang keluar.. tak ke.. kelakar nanti.. apa pon kita orang ingat nak beli pakaian yang universal je senang… betul tak?

Habis scan doktor minta gi buat ujian air kencing.. Alhamdulillah keputusan ujian air kencing semua normal.. tekanan darah semua normal..

Sebelum balik Doktor dah bagi tarikh baru untuk check-up dah tu terus bagi ubat untuk cik malarang.. sepanjang perjalan balik tu.. dalam kereta asik topik jantina je kita orang sembang.. hehehe.. sebab nak tahu sangat baby apa yang keluar nanti..

Mungkin myvitrd junior ni malu-malu kot macam ayah dia nak tunjuk jantina ni… hehehehe.. Apap pon tunggu chek-up akan datang.. mana tahu dia nak tunjuk yang jelas ke.

Oklah cukup sini dulu ye.. aku cerita perkembangan cik malarang…selebihnya nanti cik malarang cerita dalam blog dialah kalau dia rajin.. hehehe.

Nantikan next story bulan depan ye.. wasalam.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. selamat menjadi ayah bro...

    BalasPadam
  2. @Ron : Tq2.. bro..hehehe

    @Ramli : memang berdebar habis ni.. hahaha

    BalasPadam
  3. selamat menjadi bapa yg mithali.

    BalasPadam
  4. lama lagi bro... ada 8-10 minggu lagi.. dah masuk 8 bulan baru check, tak pun nak2 last.. baru exiceted.. heheheh/ dulu aku dapat dua kali mimpi dapat anak lelaki.. btw, suh wife ikut cakap dktor.. makan ubat2 yang di bagi..

    buat si suami.. "puasa.. jangan tak puasa... hahahaaa"

    BalasPadam
  5. anak pertama saya dulu cukup 40 minggu baru nmpk jantinanya..

    selamat menjadi ibu & ayah :)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..