Apa Ni Apartment Pon Boleh Banjir Ke?

9/15/2011 09:45:00 PG , 5 Comments

 

Salam semua,

Apa yang selalu kita dengar pasal rumah banjir ni.. kalau duduk dekat kg. atau rumah yang atas tanah je.. pastinya jarang-jarang korang dengar rumah apartment boleh banjirkan.

Tapi apa yang berlaku semalam.. rumah jiran aku yang duduk tingkat paling atas (Tkt.5) boleh banjir dalam rumah.. punca aku pon tak tahu mungkin bumbung rumah kita orang bocor kot.

Apa yang makcik tu cakap dengan aku semalam.. dia dah berkali-kali report dengan pihak maintenance.. tapi takda apa-apa maklum balas.. so hari ini aku pulak yang akan buat report pasal kejadian banjir semalam ni.. atas sebab menjejaskan umah aku yang sebelah bawah..

Korang tengok bukti banjir yang berlaku semalam ni.

 Apartment bocor 2

Sampai-sampai je nak naik tangga dekat rumah.. pasal apa semua tangga banjir ni? aku dah mula syak mesti ada bumbung yang bocor ni.. bukan apa risau bila tangga basah boleh menyebabkan kanak-kanak atau orang dewasa jatuh.. paling risau cik malarang yang tengah berbadan dua ni.

Lepas aku sampai dalam rumah je.. aku dah tak sedap hati je.. sebab aku macam ada dengar air menitis atas lantai jiran sebelah atas rumah aku.. so aku gilah melawat jiran aku yang dekat atas tu.. sekali aku tengok.. dia orang anak beranak tengah membuang air dalam rumah ke luar.

Apartment bocor 4 

Nilah gambar rumah jiran aku sebelah atas.. seorang makcik yang dah uzur duduk dengan anak perempuan tengah menadah air dalam rumah.. korang perhatikan betul-betul dari mana datangnya air tu.. macam mana lebatnya hujan turun dekat luar rumah macam tu jugalah lebatnya air masuk dalam rumah makcik ni.. kesian aku tengok..

Apartment bocor 3

Perhatikan air yang menitis dari celah-celah dinding atas dan siling rumah ni..

 Apartment bocor 5

Bahagian dapur juga air dah mengalir.. macam ada orang tengah mandi dekat atas bumbung ni… so aku dah pesan dengan makcik tu supaya semua suiz elektrik dimatikan.. takut benda buruk pulak berlaku..

 Apartment bocor 6

Korang sanggup duduk dekat rumah macam ni? setiap kali hujan kena tadah air.. apa kejadahnya..

 Apartment bocor 7

Sebuah rumah lagi yang aku rasa banjir teruk yang mana aku duduk dibahagian bawah rumah ni.. disebabkan rumah ni tidak berpenghuni.. so aku pon tak tahu status rumah tu.. apa yang makcik tu cakap.. salah satu sebab owner tu pindah dan nak jual rumah tu adalah setiap kali hujan air akan masuk dalam ruang tamu rumah.. confirm bumbung pon bocor juga ni..

 Apartment bocor 8

Tangga bahagian atas ni lencun basah semuanya….kalau tak betul2 boleh tergolek jatuh sebab licin ni..

 Apartment bocor 9

Dan paling malang sekali.. ekoran banjir dalam rumah jiran aku… sekarang tempias dah kena dekat rumah aku… sebahagian siling dalam bilik air dan mula berkulat… apa puncanya?

Apartment bocor 10

Korang tengok ni… apa sudah jadi.. conform air dari rumah atas dah turun kebawah ni..

 Apartment bocor 11

Tengok-tengah syok tunaikan hajat.. tiba-tiba setitik demi setitik air jatuh atas kepala aku.. tak pasal-pasal pagi-pagi aku dah mandi air kotor… huhuhu… hampeh betul

 Apartment bocor 12

setelah aku buka siling tempat air menitis tu.. ni yang aku jumpa.. apa ni? bukan salur ni ke dari rumah jiran aku dekat atas tu.. confirm rumah jiran aku dah banjir… so tekanan air keluar dari salur tu rupanya… huhu..

Tindakan susulan akan buat hari ini kepada pihak maintenance dan harap-harap pihak maintenance dapat perbaiki segala masalah yang dihadapi.

Pesanan aku kepada sesiapa yang bercita-cita nak beli rumah jenis apartment ni.. kalau boleh elakkan dari beli tingkat yang paling atas.. ini kerana tingkat paling atas kebiasaannya lantai sebelah atas bukan dari simen.. tapi hanya menggunakan siling sahaja dan jika berlaku kebocoran bumbung memang air boleh mengalir masuk terus kedalam rumah.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. hope cik malarang jage diri elok2..
    tibe2 teringat cite Flat 3A plak..hehe

    BalasPadam
  2. @iEyLa : insyaallah.. sebab tu risau kalau naik tangga basah-basah ni.. kena selalu hati2

    BalasPadam
  3. bekalkan cik malarang dengan mop setiap masa.. :)
    jangan lupa buat aduan rakyat.. hehehe

    BalasPadam
  4. @kid : tulah memang nak sediakan mop dalm kereta ni.. hahaaha.. sikit hari kalau aduan tak diendahkan.. masuk TV3 beb umah aku ni.. hahaha

    BalasPadam
  5. Kalau report kat aduan rakyat nie confirm cepat diorang settlekan nie

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..