7 Hari Beraya Di kampung Kini Kembali Ke IbuKota

9/03/2011 11:06:00 PTG 1 Comments

 

Salam raya semua,

Alhamdulillah setelah 7 hari aku bercuti bersama cik malarang dikampung aku di Johor hari ini aku kembali semula ke Ibukota yang penuh dengan kesesakkan setiap hari.

Syukur sepanjang perjalanan aku kembali ke KL siang tadi tiada jam sepanjang perjalanan.. cuma ada hujan sesetengah tempat je.. dan terdapat beberapa kemalangan kecil yang aku jumpa sepanjang perjalanan balik tadi.

hari raya dgn mak “Minta Maaf & Selamat Hari Raya Mak.. halalkan makan minum selama ni.. syg mak”

Sebenarnya banyak gambar sepanjang hari raya aku dekat kg. nak di upload.. tapi disebabkan kepenatan masih belum reda.. so takpe esok-esok aku sempat aku akan start upload gambar-gambar raya kita orang ye.

Mood nak menulis pon tak berapa nak ok lagi sebab Gigi aku tak berapa nak ok sebenarnya.. aku kena sakit gigi pulak hari raya ni.. banyak sangat makan kuih raya kot.. hehehe.

oklah ye aku nak rehat dulu.. terasa macam pipi aku ni macam kena tampar je denyut-denyut dia.. bisa pulak sakit gigi aku malam ni.. oklah sebelum aku melalut panjang baik aku cabut dulu ye.. wasalam..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..