Memburu Baju Raya Di Uptown Kota Damansara

 

Salam ramadan semua,

Bila raya dah dekat ni semua orang berlumba-lumba untuk cari baju baru terutama baju kurung & baju melayu.. tak terkecuali aku pon sama juga masih lagi mencari baju raya yang sesuai untuk tahun ni.

2 hari yang lepas lokasi mencari baju raya adalah di Uptown Kota Damansara.. malangnya hanya ada 2 kedai yang menjual baju melayu.. dan kebanyakkannya kurang berkenan dihati..

Paling risau cik malaranglah.. mana tidaknya tema tahun ni dia yang pilih iaitu tema warna merah.. baju kurung dia dah beli.. tapi baju melayu aku tak jumpa lagi.. plan terakhir adalah mungkin kita orang beli baju melayu nanti dekat kg. aku dekat Johor je.

Oklah korang layan foto dulu ye..

uptown kota damansara 1

Ribuan kenderaan membanjiri sekeliling Uptown Kota Damansara, sampai takda parking.. ada yang parking dekat tengah-tengah jalan je.. paling kurang ajar parking double sampai menyusahkan orang lain yang nak keluar.. aku salah sorang mangsanya.

 uptown kota damansara 2

selain dari baju melayu.. lain-lain pakaian memang banyak gila.. korang pilih je nak beli apa.

 uptown kota damansara 3

Kalau nak cari baju blaus untuk isteri tercinta memang banyak.. pakaian lelaki kurang sikit

 uptown kota damansara 4

Kedai pertama yang menjual baju melayu.. tapi kurang berkenan pulak.. aku ni cerewet sikit..hahaha

 uptown kota damansara 5

baju ni cantik juga.. tapi tema kita orang merah.. so tak bolehlah nak pilih yg ni.. huhu

 uptown kota damansara 6

kedai kedua menjual baju melayu.. harga boleh tahan pulak.. nasib baik cik malarang tak berkenanan dengan kain dia..

Nak pegi Jalan Masjid India pastinya penuh sesak.. entahlah.. tak tahu lagi nak beli dekat mana ni… pakai baju tahun lepas je boleh tak syg?.. huhu

Korang semua baju raya dah siap beli ke? atau sama juga macam aku masih mencari baju lagi?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..