Majlis Berbuka Puasa, Terima Kasih Nuffnang Dan Samsung

8/23/2011 10:28:00 PG , , 11 Comments

Salam ramadan semua,
Walaupun dalam keadaan kelam kabut balik dari Penang bersama cik malarang, kita orang terus menuju ke Enak KL atas jemputan nuffnang dan samsung untuk berbuka puasa bersama-sama blogger nuffnang.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik semalam semua berjalan dengan lancar walaupun terpaksa mengharungi beberapa lokasi jam di sekitar KL semalam.
buka puasa nuffnang-samsung 1
Terima kasih diucapkan kepada Nuffnang & Samsung atas jemputan semalam… tak lupa kepada Enak KL yang menyediakan juadah yang sedap-sedap.. kalau ada makan-makan lagi jangan lupa jemput kami lagi.. hehehe.
Aku sekarang ni lebih suka letak gambar je dari membebel panjang.. so korang layanlah dulu gambar-gambar dari camera buruk aku ni ye.. hehehe
buka puasa nuffnang-samsung 2-1
caramel adalah salah satu kuih kegemaran aku.. sebab tu aku ambil lebih dari satu.. hehehe
buka puasa nuffnang-samsung 2
Korang tengok tu Zaid makan tak toleh-toleh pon…. lapar ye?.. rasanya dia tengah makan bubur kacang tu.. senang cerita semua makanan sedap2.. aku malas nak ambil gambar makanan sebab masa tu aku dah lapar.. so kalau dok layan ambil gambar mau aku tak makan.. hehehe.
buka puasa nuffnang-samsung 3 buka puasa nuffnang-samsung 4 buka puasa nuffnang-samsung 5 buka puasa nuffnang-samsung 6 
Lepas makan macam biasa kita orang ada games.. dan yang bestnya group aku berlima menang tempat pertama seh.. hadiah dia Samsung Galaxy Tab 10.1 setiap seorang.. hehehe (jangan percaya ye)
 buka puasa nuffnang-samsung 8
Sebelum balik macam biasalah mesti ada sesi bergambar… korang tengok tu ramai juga blogger-blogger yang datang.. antara yang aku kenal.. Eyriqazz, Red Mummy, Daydeck, Jejai, Mohd Zaid, Darkbatman (First time jumpa), Cik Lily Putih, Sawanila, Cik Epal, Firdaus (Wakil Kak Ina) HazmanFadzil dan Pn.Thara.
Sebenarnya ramai lagi dekat atas tu.. cuma nama tak tahu je.. hehehe.. sorry ye kawan-kawan.. apa pon seronok jumpa korang semua.
buka puasa nuffnang-samsung 12 buka puasa nuffnang-samsung 11
Pulang ke rumah bukan dengan tangan kosong tapi dapat hadiah dari samsung lagi.. yang bestnya aku dengan cik malarang dapat hadiah Speaker + Mini Radio FM .. comel tu..
Harapnya tahun-tahun mendatang dapatlah jemputan sebegini lagi ye.. Selamat berpuasa semua..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. Bestnya korg dapat gathering makan2! Aku malas nak join sbb segan aku non-Muslim! Hahaha!

    BalasPadam
  2. untung laaa makan-makan.. bila dapat jumpa bro ni yea.. hehehe.. "baby" sihat?

    BalasPadam
  3. dapat jemputan makanla yang best...hihi

    BalasPadam
  4. @iEyLa : tulah jarang2 dapat joint event macam ni.. join lah next time

    @Far_east : hehehe.. gambar tak ambil banyak sebab syok makan je..hehehe

    @Atreyu strange : ada je non muslim join.. takda masalah...

    @KiD : rezeki bro.. cuba2 apply akhirnya dapat juga.. ada lagi satu jemputan dengan DiGi pulak 25hb.. join tak? Baby alhamdulillah sihat bro.. tak sabar nak tunggu keluar ni.. hehehe

    @Lin Azlina : memang best rugi tak makan betul2.. hehehe

    BalasPadam
  5. sangat meriah bila ada geng2 nih..heheh

    BalasPadam
  6. memang best dan meriah berbuka puasa ni..makanan pun sedap2...yang lagi best both suami isterini bawa pulang hadiah...rezeki anak....

    BalasPadam
  7. uihhhh... join dorng.. best btoi

    BalasPadam
  8. best³...bile lah ye nak dpt join otai² blogger ni semua :)

    BalasPadam
  9. hahahhahaaa. first time gak jumpe ko.. xsangka lak ko dtg bro. tahniah dpt number 1.. wallaweh!

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..