Juadah Berbuka Semalam, Spageti Air Tangan Isteri

8/15/2011 08:54:00 PG 5 Comments

 

Salam ramadan semua,

Ni cerita berbuka semalam.. tak sempat nak buat semalam so pagi nilah baru nak share.. takda apa cerita menarik pon cuma nak cerita semalam kami sekeluarga berbuka apa.

Tesco Kepong

Seawal jam 2.00 petang kita orang gerak gi Tesco Kepong area umah aku.. sampai- sampai je terus gi cari keperluan bahan mentah yang nak digunakan untuk buat spageti.

Niat asal nak beli daging kisar je.. tapi dah namanya gi pasar raya takkan nak beli satu barang baru balikkan.. jalan punya jalan apa yang kita orang rasa berkenan terus tarik masuk dalam troli.. hehehe.. biasalah tu kan dah namanya shopping semua nak beli.

Ramly Daging Lembu Kisar

Daging Lembu Kisar keluaran Ramly.. Pembungkus wajah baru

Sampai-sampai umah je terus mulakan operasi memasak.. cik malarang ni dah pakar buat spageti.. dulu masa first time dia buat takut-takut tak jadi.. sekarang dah pakar dia dah tak payah nak rasa spageti tu.. apa pon memang terbaiklah.. emm teringat pulak tiba-tiba spageti semalam..hehehe

Spageti 1

Kuah sos spageti dah siap masak.. bersedia untuk dimasukkan dalam perut.. hahaha

Spageti 2

Emmm.. nyami..nyami.. sedapnya.. aku kalau makan spageti ni mesti nak makan sos dia banyak-banyak.. korang tengoklah tu penuh dengan daging je.. hehehe.. sorry ye buat korang terliur pagi ni.

Petang ni rasa-rasanya nak buka dekat mana ye pulak.. Dekat opis ni staff semua ada majlis berbuka puasa dengan PM.. petang ni Perdana Menteri datang majlis berbuka puasa dekat opis ni…  aku tak joinlah sebab nak gi buka dengan wife tercinta. :-)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. aku suka masak spaghetti.. nyum nyum..

    BalasPadam
  2. alahai pagi2 tengok spageti dah..terliur dibuatnya

    BalasPadam
  3. Nyam2...bila nak jemput kami berbuka sekali?

    BalasPadam
  4. @iEyla : hehehe.. saja kasi terliur ni..

    @Kid : baru ku tahu ko pon ada kepakaran memasak juga ye.. hehehe

    @Far_east : hehehe.. sabar ye

    @Eyriqazz : boleh bos.. raya jemput datang umah ye..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..