Gaji Awal Pon Masalah, Tak Gaji Lagi Masalah

8/15/2011 03:59:00 PTG 5 Comments

 

Salam ramadan semua,

Rasanya kebanyak orang yang berkerja akan menerima gaji lebih awal dari kebiasaannya bila tiba musim perayaan seperti menyambut hari raya yang tidak lama lagi.. betul tak?

Hari ini Gaji

Tujuan pembayaran gaji awal ni biasanya bagi memberi kemudahan kepada pekerja untuk membeli persiapan untuk menyambut hari perayaan… tapi masalah akan timbul apa bila gaji yang terlalu awal diterima tidak dibelanjakan dengan berkhemah.

Kesannya adalah.. duit gaji yang dibayar awal akan habis sebelum tiba masa gaji pada masa akan datang… bab ni yang semua orang takut… termasuklah diri aku sendiri.

Jadi sapa-sapa yang dapat gaji awal tu pandai-pandailah korang manage duit yang korang dapat tu ye.. perkara yang pertama yg korang kena buat adalah jelaskan semua hutang terlebih dahulu baru belanjakan baki duit gaji tu.. andai kata baki tinggal RM1 korang kena terimalah keadaan tu.. sapa suruh hidup berhutang banyak sangat.. huhu.

Jangan sampai nanti bila dah syok shopping raya.. tengok2 duit untuk bayar hutang dah takda.. tu yang akan timbul masalah nanti.. tak pasal-pasal jadi kes gali lubang tutup lubang.. lubang lama tak tutup lagi.. dah buka lubang baru.

Tak terkecuali bagi mereka yang mendapat bonus raya samada 1/2 bulan gaji @ berbulan-bulan gaji.. pastikan duit bonus yang diperolehi dibelanjakan dengan penuh berkhemah dan bukan mengikut perasaan.. tapi kalau bonus tu dah banyak sangat.. bagi aku sikit pon tak pe.. hehehe.

Peringatan ini adalah untuk kita semua dan diri aku sendiri yang dapat gaji terlalu awal bulan ni :-)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. untunglah dah gaji+bonus,
    aku belom gaji, belom bonus...huhuhu...

    dan kalau dapat nanti, dah jadi - bonus aku...huhuhuhu


    kalau duit banyak...aku akan belanja ikut perasaan...hahaha

    BalasPadam
  2. @defarhano : tak pe bro.. gaji lewat lagi bagus.. tak cepat duit habis.. hehehe

    BalasPadam
  3. betul. cepat dpt cepat habis. duit ni kadang rasa mcm air je.

    BalasPadam
  4. @Fyzal : setuju 100% bro.. mengalir macam air sungai tau.. hehehe

    BalasPadam
  5. aku gaji cam biasa aje.. takde bonus.. 24 hb awal sikit je.. huhuhu

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..