Bukan Salah Sofea

8/06/2011 11:14:00 PG , 2 Comments

Salam ramadan semua,

 myvi 11

myvi 12

myvi 13

Lokasi Spy Shots : Jalan Tun Razak

Semalam petang sewaktu aku balik koje.. kenapa entah tiba-tiba aku tergerak hati nak follow myvi putih ni, kalau tak silap dalam kereta tu ada 2 orang pompuan.. ok lupakan pasal pemandu tu takda kene mengena dengan entri ni.

Terus aku capai camera dan snap 3 keping gambar.. ai minat dekat kereta myvi ke cik abg oi.. memang aku suka dekat myvi sebab tu aku pakai myvi..hehe2.. tapi aku tertarik dengan sticker domain yang melekat dekat cermin belakang kereta myvi tu.

Apa yang aku nak cakap dekat sini.. adalah 2 kesalahan meletakkan sticker tu dekat kereta myvi.. mesti korang pelikkan sebab apa aku kata salah letak sticker tu..

http//:www.myvi.com = Ejaan URL Tak betul
(http://www.myvitrd.com = ejaan yg betul)

www.myvi.com = Domain yang tak wujud (takda kene mengena dengan Myvi)
(www.myvi.com.my = Domain yang wujud)

So sekarang korang dah tahukan kenapa aku kata ada 2 salah dekat situ.. aku tak salahkan tn.punya kereta tu.. sebab mungkin dia tak tahu pasal benda-benda IT ni.. tengok ada perkataan Myvi dia bubuhlah sticker tu.. tapi bagi aku yang bergelumang dalam dunia IT ni.. aku rasa bersalah pulak kalau tak tegur benda-benda ni.. walaupun remeh tapi penuh bermakna bagi aku.

Sebenarnya banyak lagi url yang mamat-mamat kereta pasang dekat kereta dia orang selalu aku jumpa yang memang domain tak wujud pon.. dia orang main sedap je bubuh.. kekadang aku balik opis aku check memang takda pon url tu.

Jadi pesanan aku kepada pembuat sticker tu.. kalau boleh korang checklah dulu url tu pastikan ejaan betul dan domain tu betul2 wujud.. kalau tak nanti kereta yang pasang sticker tu jadi bahan gelak ketawa je dengan budak-budak IT yang tahu benda ni..

Oklah ye maaf kepada tn.punya kereta yang aku spot semalam tu ye sebab tegur kesilapan sticker tu dalam blog ni.. sapa-sapa yang kenal dengan owner kereta ni (ada nama Sofea tepi cermin belakang) bolehlah inform dekat dia ye.. Sekadar berkongsi informasi.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..