Blogger 5K

8/03/2011 08:53:00 PG , 8 Comments

Salam ramadan semua,
Mula-mula baca tajuk entri dia aku gosok mata 10 kali mana tidaknya bulan ni je earning nuffnang beliau melebihi nilai 5K… wahhh gila kentang punya income, nilai tu sama dengan 3 bulan gaji aku.. hehehe.. dengar khabarnya income bulan lepas pon tak habis makan lagi.. hehehe.
Eh sapa ye orangnya.. korang tengok petikan entri beliau dekat bawah ni.. mesti korang boleh teka punya.
Blogger income 5k
Amacam dah percaya.. tapi memang tidak mustahil beliau boleh dapat income selebat tu.. dengan jumlah follower yang hampir mencecah ke 20K sahaja memang bukan perkara mustahil.
Hai bilalah aku nak dapat income selebat tu ye.. (keluh hati ini).. apa pon aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat dari earning nuffnang buat masa sekarang.. mungkin 5 atau 6 tahun lagi mana tahu aku pon boleh macam cik epal ni.. hehehe.. semangat.. semangat sikit.
Rasanya tahun ni ada majlis berbuka puasa lagi ke dari Nuffnang ni? kalau ada jangan lupa jemput aku ye.. hehehe
Sebelum terlupa,  sapa nak Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga bernilai RM10  Limited edition boleh terjah link sebelah tu.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. untunglaaaa ramai followers dan readers.. kita ni takde K lagi.. hehehe.. lainlah mat tiger dgn cik epal kan.. hik hik hik

    BalasPadam
  2. dia dpt advertorial jugak. mmg trafik tinggi akan ada chance utk buat lebih duit

    BalasPadam
  3. bertuah cik epal tu.....kita ni nak cecah RM50 pun susah...

    BalasPadam
  4. @Kid : memang betul follower mainkan peranan kalau tak semua follower baca entri separuh pon dah ok dah.

    @Matjoe : memang betul.. kalau ada advertorial memang masyuk

    @aanie : takpelah pelan2 kayuh ye.. hehehe

    BalasPadam
  5. assalamualaikum tuan belog..maaf saya lari topik.. just nak drop byucapkan syukran jiddan!! terimakasih banyak2 sbb kasi link SEMANIS KURMA.. buat saya yg jauh dr malaysia ni..dapatla saya tambahkan ilmu munakahat (ilmu perkahwinan) semoga Allah merahmati tuan belog dan puan isteri dan di kurniakan rezeki yang melimpah ruah.. =). dan semoga mendapat zuriat yg soleh dan solehah, amin ya rabb..

    BalasPadam
  6. @sabree hussin : samalah saya.. hehehe

    @Nor Abdullah : sama-sama ilmu yg baik elok dikongsikan bersama.. semoga anda disana diberkati allah jua.. insyaallah

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..