Tuah Seorang Blogger Menang Kereta BMW X6 di CityGolf

7/03/2011 10:55:00 PG , , , 15 Comments

Salam semua,

CityGolf 1

Aktiviti aku semalam petang adalah bersantai bersama-sama blogger-blogger nuffnang di CityGolf Bangsar Shopping Centre… korang nak tahu kita orang buat apa dekat sana? baca sampai habis ye.

Kebetulan rumah aku dengan Bangsar Shopping Center ni tak jauh so kita orang pergi lewat-lewat sikit.. sampai-sampai je tak jumpa pulak lokasi CityGolf ni.. pusing punya pusing tiba-tiba terpandang dekat satu papan tanda sebelah tiang tulis CityGolf.. ahhh lega rasanya sebab jumpa juga dengan tempat yang dicari tu.

 CityGolf 2

Sampai-sampai je dah ada orang beratur tengah register.. masa tu belum ada yang kenal lagi.. almaklum jelah tahun ni rasanya baru kali kedua join event nuffnang ni.. so memang kurang kenal sikit dengan blogger-blogger ni. tak lama lepas tu muncul sorang-sorang blogger yang selalu aku jumpa macam Cik Lily Putih, Jejai, Eyriqazz, J.M.R, Bean Moreno dan Pn.TharaSofian.. sebenarnya ramai lagi tapi nama tak tahu.. hehehe.. sorry ye.

 CityGolf 3

Cik. Malarang ni wajib aku bawa sebagai peneman aku.. hehehe..biasanya mana-mana event yang aku pergi mesti dia ikut.

 CityGolf 4

Nilah tempat main golf secara simulator.. korang pukul je bola golf tu.. nanti bolah korang tu akan masuk dalam skrin tu.. seronok beb..

 CityGolf 5

Antara koleksi kayu golf yang kita orang  gunakan.. serius aku cakap aku tak faham main golf ni.. kalau tengok kayu golf tu yang paling besar mesti korang fikir beratkan.. sebenarnya kayu golf ni ringan je.. tak cuba tak tahu beb.

CityGolf 6

Aduhai kantoi perut aku dekat sini…korang lupakan pasal perut tu.. korang tengok gaya Juara Dart satu Malaya ni.. sapa lagi kalau bukan Jejai.. Gaya je lebih ni.. kalah juga akhirnya.. hehehe

 CityGolf 7

Giliran aku pulak nak mencuba ni.. kalau korang nak tahu aku pernah dapat tempat ke-3 dekat opis main dart ni (riak sikit..hahaha)  saja je tak mau tunjuk skill.. hehehe

 CityGolf 8

Ni dia bakal penganti Tiger Wood bila dia dah bersara nanti.. Gaya dah ada.. tapi bila pukul bola entah gi mana terbangnya.. hahaha.. kalau suruh aku tebas rumput pandailah.. ni korang suruh aku hayun kayu Golf manalah aku tahu.. hehehe.. tapi sekurang-kurangnya ada dah rasa macam mana nak Swing kayu golf ni.

 CityGolf 9

Mat Tiger ni yang kita tunggu-tunggu pukul bola.. sebenarnya dia pukul kayu golf dari kiri.. tengok tu gaya Mat Tiger.. macam nak main hoki je bro….hehehe

 CityGolf 10

Yang ni memang ada gaya pro.. bro J.M.R tengah nak swing kayu ni.. sama macam mat tiger kidal juga.. Jangan tinggi2 bro.. nanti pinggang sakit.. hehehe

CityGolf 11

Tu dia.. Cik Lily Putih pon nak tunjuk skill juga.. risau je aku kayu golf tu terbang dekat kita orang.. hahaha

 CityGolf 12

Banyak-banyak event nuffnang nilah aku rasa jamuan makan paling ringkas sekali.. apa komen korang tentang makan semalam? pandangan peribadi aku kurang memuaskan sikit bab minuman sebab setiap sorang hanya dapat minum 1 gelas je… huhu

 CityGolf 13

Sapa kata aku tak boleh nak main pool.. tengok tu ada gaya tak? walaupun tak mampu nak tewaskan Mat Tiger dengan Jejai.. sekurang-kurangnya dapat juga aku rasa tonjol bola ni.

 CityGolf 14

Eyriqazz tengah berjuang sekarang ni.. masuk acara final.. 1 lawan 1.. tapi akhirnya kecundang di saat-saat akhir.. sabar ye bro.. BMW tak dapat boucer pon tak dapat..janji dapat makan sudahlah.. hehehe

 CityGolf 15

Juara bagi kategori permainan Golf.. jatuh kepada suami cik lilyputih.. hadiah BMW X6 ( Pandu uji pada hujung minggu 2 hari )

 CityGolf 15-1

Pemenang tempat ke-2, bro ni tak kenal nama dia .. dapat boucer 1 jam main Golf dekat CityGolf.. bro ni gaya dia memang dah biasa main golf.. ingatkan mula-mula dia yg juara.. tapi rezeki dekat tangan orang lain

 CityGolf 17

akak ni pulak juara main dart.. dapat baucer SPA.. jejai pon yang katanya juara satu malaya pon tewas ditangan akak ni.. bikin malu jelah ko ni bro.. hehehe

CityGolf 16

Cik. Malarang sempat bergaya dengan BMW X6.. model keteta ni memang berat gila.. siap boleh buka semua pintu lagi.. Hujung minggu depan Cik LilyPutih akan bergaya dengan BMW X6 nya.. jangan lupa singgah ambil kita orang ye.. kalau nak balik Penang nanti.. hehehe

 CityGolf 18

Penutup majlis sebelum kita orang semua gerak balik geng-geng talibarut mengambil gambar kenangan.. Tahniah Cik Lily Putih & En. Abgnya menang test drive BMW.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

15 ulasan:

  1. nasib baik aku keje semalam.. kalau tak, dengan golf, dengan dart, dengan pool, dengan makan2 aku kitai semua... hahahahaaa
    Tingkatkan Trafik Dengan Komen dan Entry Terbaru d...

    BalasPadam
  2. terkejut KA, baru nak pergi tumpang blogger tu balik kampung... :)
    seronok eh dapat X6

    BalasPadam
  3. naper nampak tak macam meriah sangat event kali nie?

    BalasPadam
  4. hahaha..aku igt mmg ak takde bakat dlm golf la..bola ntah ke mana, kayu ntah ke mana..:-p

    *yeah, jumpa gk ngn bro myvitrd ni semalam..!next time leh jmp lg bro!

    BalasPadam
  5. wah seronoknya bergumbira disana.. tahniah ciklilyputih dapat testdrive BMW tu.. (Banyak Makan Wang) hehehe :)

    Jom baca ni :Terserlah kegembiraan Jimmy Shanley pada Zahrah Shanley..Alahaiiii manisnya kurma ini..

    Jom baca ni :BE Grapevine dari Nuffnang..Apa tu?

    BalasPadam
  6. @kID : Selamat ko tak datang kalau kau datang mesti makanan tak cukup.. heheehe

    @Kamarul Azri : tumpang jgn tak tumpang..hehehe

    @Far_east : meriah juga sebenarnya.. cuma gmbar yg saya ambil ni kurang je.. cuba terjah blog eyriqazz

    @JMR : kita samalah bro.. hehehe.. aku memang takda bakat juga..

    insyaallah next event boleh jumpa lagi..

    @Hanani : memang enjoylah.. paling tidak dpt jumpa rakan2 blogger

    BalasPadam
  7. meriah gak, tapi tak boleh join ada hal semalam

    BalasPadam
  8. la... kau ke myvird.. nak tegur smlm takut salah orang la.. so diam je la.. segan gak nak tegur semalam.. hehe

    BalasPadam
  9. jeleslah ngan cik lily ngan suami...ai tido siap boleh mimpi2 keta replika BMW cik lily. ni belum dapat gi test drive lagi boleh angau rasanya...rezeki2...hik hik

    BalasPadam
  10. jom naik kete bmw minggu depan jalan2 ke bagan lalang..hik3...tuhla...macam mana je jai boleh kalah ni? gaya macam pro...hAK4..

    BalasPadam
  11. Aku masa mula2 pergipun sesat...Sebenarnya.. dah lalu dah depan bangsar shopping centre tue... he he he...

    BalasPadam
  12. untunglaaa ciklily..arghh bestnye! jelesss..kehkehkeh

    BalasPadam
  13. @sharinginfoz : takpe bro next time boleh jumpa.

    @Zairie Husin : biasalah aku pon segan2 juga nak tegur.. next time leh tegur2

    @AyuArjuna : teruk sangat dah tu kak kalau dah siap mimpi2.. hehhe

    @Eyriqazz : wah mau g ronda2 ke? lanyak jgn tak lanyak BMW tu.. hehehe..

    @H3rO : aku pon sama.. selalu je lalu situ time g antar wife keje.. boleh tak tahu ada shoping complex dekat situ.. hehehe

    @darkbatman : rezeki dia...aku jeles juga dengan org pakai Honda Civic Putih Tu.. hehehe

    BalasPadam
  14. sama kes gak la ngan si eyriqazz....komplen pasal refreshment yang simple....dah tak cukup air penghilang dahaga....

    BalasPadam
  15. sya suka sngat kereta BNW.. sbb COOL kalau pmpuan yg bwk...huhuhu

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..