Tak Sayang Bini Ke Bang!

7/05/2011 08:48:00 PG 2 Comments

 

Salam semua,

Semua orang yang ada bini mesti sayang dengan bini masing-masingkan.. tapi mamat sorang ni aku rasa tak sayang bini kot.. mana tidaknya pagi tadi time aku bawa kereta nak gi keje boleh satu pasangan ni bawa motor punya laju.

bonceng bini

kredit pakcik google

Setakat nak bawa laju sorang-sorang hampa punya pasailahkan tapi ni siap ada pembonceng dekat belakang lagi (bini dia kot).. lepas motor tu potong kereta aku je.. aku perhatikan je gaya mamat tu bawa motor.. semua kereta dia selitnya dah tu potong dengan cara bahaya je.

Aku rasa mau bini dia menggigil lutut atas motor tu..

Sebab tu fakta yang mengatakan penyumbang kematian jalan raya dimalaysia kebanyakkannya adalah penunggang motosikal yang bekerja shif pagi. Mana tidaknya  semua penunggang motosikal bawa motor kelam kabut nak pegi keje.. semua takut masuk keje lewat.. penyudahnya mana yang tidak berhati-hati banyak yang maut atas jalan raya.

Pesanan aku kepada penunggang motosikal dan juga untuk diri sendiri.. kalau boleh bawa motor tu berhati-hatilah sikit ye.. kalau bawak macam pelesit tu cuma ingat-ingat sikit anak bini dekat umah.. kalau korang dah takda sapa nak jaga dia orang semua… renung-renungkan lah ye..

“Berhati-hatilah dijalan raya, ingatlah orang yang tersayang”

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..