Permulaan Yang Baik Untuk Hari-Hari Seterusnya

7/01/2011 08:24:00 PG 8 Comments

Salam semua,

Alhamdulillah syukur, sampai lagi aku pada hari Jumaat yang mulia ni.. Tuhan masih sudi pinjamkan kepada aku udara untuk aku bernafas lagi.. Alhamdulillah..

Hari ini 1hb Julai 2011 merupakan hari pertama dibulan Julai.. Alhamdulillah berjaya juga aku sampai dekat opis tepat pada masanya.

Punch-Cut

“Harap-harap hari seterusnya pon macam nilah”

Kerja di Kuala Lumpur ni memang dah lumrah kalau tak lewat masuk kerja memang tak sah.. sebab tu kalau aku perhatikan setiap bulan punch-cut aku mesti ada sehari dua je yang sampai awal.. yang lain semua terlajak-lajak.

Aku masih ingat lagi apa yang pihak HR pesan dekat aku masa aku mula-mula masuk kerja dulu.. “kalau awak datang lewat disebabkan ada kecemasan atau hal-hal yang tidak dapat dielakkan takpe, tapi yang penting masa bekerja tu kena cukup 8 jam” itu adalah pesanan staff HR masa aku mula-mula ambil offer letter dulu dan sampai sekarang pesanan tu aku masih ingat dan guna pakai.

Sebab tu setiap kali aku masuk lewat tak kiralah lewat 5 minit ke, 15 minit ke atau 30 minit sekalipun mesti aku ganti balik time nak balik.. maksudnya kalau aku lewat 15 minit aku pon aku balik lewat 15 minit.. kira ganti balik masa yang aku datang lewat tadi sampai cukup 8 jam masa aku bekerja.

Dalam bekerja ni kita nak cari keberkatan dan duit hasil pendapatan kita ni nak diberikan makan kepada isteri dan anak-anak kita, so kalau boleh biarlah pendapatan yang kita perolehi tu semuanya bersih.

Renung-renungkan seketika….Wasalam..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. keje aku memang kena sharp.. tak lebih, tak kurang.. hehehee
    Dulu Aku Artis Undangan | Sekarang Blogger Bekas A...

    BalasPadam
  2. nice post
    bagus la ganti time2 yg hilang tu

    BalasPadam
  3. @Kid : Manager memang kena masuk sharp.. hehehe

    @Used Car : memang dah jadikan amalan sejak start keje 10 tahun yg lalu

    BalasPadam
  4. lama jgk mid ek dah 10 tahun kerje...tp yg klasik nya punch card tu...lama dh aku x jumpe :)

    BalasPadam
  5. @Ron : tulah bro.. ingat lagi masa start keje dulu dekat ITBASE.. heheehe.. dekat opis aku ni ketinggalan zaman sikit.. hehehe.. kita orang pakai 2.. satu cara lama satu lagi pakai cop ibu cari je.. hehehe

    BalasPadam
  6. nice post this is and the way is also different.

    BalasPadam
  7. sesekali lewat tu boleh diterima tapi kalau asyik lewat kena betulkan mana yg tak betul tuh.

    BalasPadam
  8. this is the right way to calculate something in the appropriate manner such that there could be no loss or a little happens.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..