Jiranku

7/10/2011 10:41:00 PG 5 Comments

Salam semua,

Tengah-tengah syok sambung tidur hujung minggu ni.. tiba-tiba cik malarang kejut aku.. dia kata “abg ada orang ketuk pintu” alamak sapa pulak ketuk pintu pagi2 ni.

Macam biasalah sebelum buka pintu.. tengok dekat lubang dulu.. kot-kot orang jahat ke?.. tengok-tengok rupanya jiran aku.

cat pintu 7

Aku buka pintu je dengan muka baru tido.. terus jiran aku tu cakap.. “saya nak kenalan dengan orang umah”.. aku cakap “kejab ye”. terus aku panggil wife aku.

Aku pon tak tahu apa yang dia orang sembang dekat luar tu.. tau-tau lepas aku siap mandi je.. wife aku kata “jiran kita bagi spagetilah abg”.. Alhamdulillah rezeki pagi-pagi dah dapat sarapan pagi.. hehehe.

Almaklum jelah dah sebulan pindah ni… aku tak kenal pon sorang jiran aku keliling ni.. masing-masing masuk umah terus tutup pintu.. samalah macam aku.. hehehe. dari apa yang aku tahu.. 2 pintu rumah depan aku tu cina dan jiran sebelah aku tu melayu.

Sebab tu suasana hidup dibandar ni memang jauh bezanya dengan dekat kg. kalau dekat kg. tu satu kampung kita kenal.. tapi dekat bandar ni.. kekadang jiran sendiri pon tak tahu nama.. hehehe.

Korang kenal ke dengan jiran-jiran korang semua?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. saya kenal jian sama lorong jerr...okey laa kot

    BalasPadam
  2. @far_east : oklah tu dari tak kenal langsung macam saya.. hehehe

    BalasPadam
  3. Jiran saya kalau kita senyum dekat dia, dia asyik menjeling ja.takpun buat muka sombong.Huhuhu...pelik

    BalasPadam
  4. @Eiymah : wah kalau main jeling2 ni bahawa yo.. hehehe

    BalasPadam
  5. jiran sya semua baik2...tpi sya yg tak sempat nak beramah mesra sbb sibuk keje tpi diorang rileks arr sbb surirumah je...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..