Durian D24 vs Durian Big Apple

7/30/2011 07:37:00 PTG , 2 Comments

 

Salam semua,

Mengidam durian punya pasal RM10 sekilo pon sanggup beli… betul tak? entah kenapa 2 tiga hari ni tekak asik nak makan durian je.. kebetulan balik dari Mid Valley tadi lalu tepi jalan dekat area umah aku ada mamat jual durian terus singgah beli sebiji.

Mula-mula tanya berapa harga sekila? mamat tu kata harga durian ni ikut hari.. aku kata pulak macam tu.. mamat tu kata kalau hari biasa murah sikit.. kalau sabtu dgn ahad mahal.. so aku tanyalah kalau hari ni sekilo berapa.. dia kata kalau dengan abg saya bagilah RM10 sekilo.. dengar dia cakap macam tu aku kata oklah nak makan  punya pasal kasi sebijilah yang elok.

1 Durian D24

Pilih punya pilih mamat ni bagi aku durian dekat atas tu.. terus timbang.. tengok lebih sekilo.. mamat tu kata RM16.. aku bagilah RM50.. rupanya mamat ni takda pulak duit kecik.. dia terus cakap takpelah abg RM15 jelah.. aku tanya cik pn dia pon takda duit kecik.. dah teringin punya pasal g tukar duit pulak dekat petrol pump.. macam-macam betul halangan nak beli sebiji durian ni.. hehehe

 2 Durian D24

Sampai umah je apa lagi tak sempat nak rehat pon terus terjah durian yang baru beli tadi.. korang tengok isi durian D24 kuning menyala.. rasanya emmmm hanya yang makan je tahu sedapnya.. hehehe.. sebiji durian ni aku makan bertiga dengan cik pn.

 3 Durian D24

Korang tengok sebiji durian tadi ada 11 ulas je.. tapi memang puas hatilah walaupun harga mahal tapi rasa memang sedap.. Aku cakap dengan cik pn.. kalau macam nilah sedapnya harga mahal pon takpe.. janji puas hati.

Apa yang aku boleh cakap kalau nak makan durian yang sedap biar bayar mahal janji puas hati.

Durian Big Apple

Yang ni pulak durian cik malarang.. kita panggil dia duiran Big Apple.. hehehe

Big Apple

Sempat beli 6 biji Big Apple dekat Mid Valley tadi.. rasanya mana sedap Durian D24 atau Durian Big Apple?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. cheese yg big apple punya lg sedap . hehe

    BalasPadam
  2. wei,aku sedang marah ni aku tanya aku sebiji durian.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..