Angkara Siapakah Ini, Sungguh Kejam!

7/20/2011 08:38:00 PG , 11 Comments

 

Salam semua,

Cuba korang bayangkan, bangun je pagi-pagi nak pegi koje tengok-tengok kereta tercinta korang dah senget sebelah.. pasal apa senget.. tengok-tengok rupanya tayar dah takda.. bukan hilang satu atau dua tapi keempat-empat tayar dah takda.. huhu tentunya sangat menyakitkan hati.

Cerita ni dah seminggu berlaku dekat depan apartment aku, tapi sampai semalam aku balik keadaan dan kedudukan kereta yang tayar empat-empat kena curi tu masih ditempat yang sama.. pelik juga adakah pemilik dia takda dekat situ.. atau kereta ni kereta curi..emm penuh persoalan sebenarnya.

Tayar Hilang

Ada sapa-sapa yang bermurah hati nak sedekahkan tayar dekat brother ni?

Kes kecurian tayar ni berlaku di luar pagar kawasan parking rumah aku.. kalau dalam pagar memang salah pak guardlahkan.. sebab tempat aku ni ada 24 jam security.. tapi kalau parking dekat luar pagar tu dah bukan tanggung jawab security lagi.

wheel lock nut

Apa pon pesanan aku kepada pemilik kereta yang pakai rim sukan cantik-cantik tu.. kalau boleh jangan kedekut keluarkan duit untuk pasang lock nut pada sport rim tu.. sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kereta korang dari jadi macam dekat atas tu.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. keta saya mmg sejak pasang rim dah letak lock nut tapi bila tak dpat amik rim, lock nut pulak abes dicurik...fenin fenin..

    BalasPadam
  2. @far_east : lock nut pon kena kebas juga... aduh macam mana nak buka sport rim tu kalau takda lock tu..

    BalasPadam
  3. kalau nak buka kena cari lock nut baru laaa tak pun pi kedai tayar minta dibuka...dasat sungguh pencurik2 nie..

    BalasPadam
  4. @Far_east : macam2 hal betul pencuri ni ye..

    BalasPadam
  5. penting tu tukar skru tayar tu elakkan perkara macam ni berlaku

    BalasPadam
  6. waaaahh.. kid tak pernah pakai lock nut nih..
    Selamat Tinggal Streamyx...

    BalasPadam
  7. gila,bukan sebijik tapi 4 biji.Laju juga penciru tu ek

    BalasPadam
  8. cian pemilik keta tu,cantik kete tapi tayar xde...huhu

    BalasPadam
  9. @Sharinginfoz : betul tu bro.. pentingkan keselamatan tayar bro.. dah kena curi apa pon tak boleh nanti..

    @Kid : kalau rim biasa jarang dia orang pakai.. tapi kalau tukar rim sukan biasanya kedai akan suggest untuk pakai untuk keselamatan

    @Zulfizan : tu pasalnya bro.. yang terbaru semalam tak jauh dari kawan umah aku aku jumpa sebiji lagi kereta dapat nasib yg sama.. aku rasa dah menjadi2 kes curi ni.

    @Illyz : tulah tayar dengan rim bukan murah pulak tu

    BalasPadam
  10. Kalau sport rim tu tahan la juga kena curi,rim myvi standard aku pun kena kebas.mangkuk betul la pencuri tu.tak pasal2 kena pakai rim besi kompang.skang dah taruk rim 17 ngan lock nut TPR.hensemmm!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah geram punya pasal terus masuk 17" ye.. cayalah bro.. hehehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..