Tekanan Darah Aku Tidak Normal

6/21/2011 12:21:00 PTG , 2 Comments

 

Salam semua,

Dari aku tak tahu sekarang aku dah tahu yang aku dah tak sihat selama ni rupanya.. huhuhu.. Sebab tu aku tak suka nak g buat check-up ni.. sebab tak suka bila doktor dah kata aku ada sakit.. maka semua aku dah tak boleh nak makan lepas ni.

Sebenarnya pagi tadi dekat opis aku ada dibuka pusat pemeriksaan kesihatan secara percuma.. so kebetulan orang pon belum ramai lagi.. aku pon gilah beratur ambil giliran untuk check masalah kesihatan aku..(first time buat seumur hidup ni)

Almaklum umur dah separuh abad ni dah tentu-tentunya ada penyakit tersembunyikan.. kata orang baik kita tahu awal dari tahu-tahu orang cakap si pulan dah meninggal mengejut semalam.

Jadi keputusan ujian tadi pagi menunjukkan aku mengalami tekanan darah tinggi iaitu 171.. untuk paras normal adalah dibawah 140

Check Kesihatan Medical check-up dibuat oleh LPPKN

Bila aku gi tahu cik. malarang dia dah warning siap-siap yang lepas ni aku dah kena jaga makan.. huhu.. nak buat macam mana dah sakit kenalah jaga makankan .. nanti aku sakit sapa pulak nak jaga cik malarang.. :-)

Oklah aku nak berihat kejab untuk mengurangkan tekanan darah aku yang tinggi ni.. hehehe (alasan je ni.. nak mengularlah tu..hehehe).. Tadi siap aku cakap dengan bos aku.. “ini hari tekanan darah i tinggi u jgn kasi job sama i ye.. “ hehehe

Pesanan untuk diri sendiri dan rakan2 : Kalau usia dah cecah 30-an tu rajin-rajinlah gi klinik buat pemeriksaan selalu.. yang penting rajin-rajin bersenam.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. get well soon bro! kene kuat, nnti nak besaukan baby laks

    BalasPadam
  2. @Matjoe : tulah bro.. taknaklah aku bila time nak besarkan baby aku pulak jatuh sakit.. huhu.. hope aku akan kembali normal lepas ni..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..