Sayang Nak Masak Apa Malam Ni

6/16/2011 02:38:00 PTG 13 Comments

Salam semua,

Setelah hampir 2 minggu menunggu order kabinet dapur cik.pn malarang.. petang semalam jam 1 petang sehingga 5 petang kerja-kerja pemasangan dimulakan.

Kebetulan semalam aku ambil cuti separuh hari.. so dapatlah aku tunggu kontraktor yang buat dapur isteriku tu.

Lebih kurang 4 jam masa diambil untuk pasang kabinet dapur baru tu dan hasilnya adalah dekat bawah ni.

 Kabinet Dapur 3G High Gloss 1

Kabinet digantung sehingga keatas bagi mengelakkan habuk bersarang diatas kabinet

 Kabinet Dapur 3G High Gloss 2

Dapur masak di sponsor oleh family mertua

 Kabinet Dapur 3G High Gloss 3

Keadaan kabinet dapur yang masih kosong dan baru sahaja siap.. barang-barang tak masuk lagi.. bersedia untuk dicuci.

Kabinet Dapur 3G High Gloss 7

Semua pinggan mangkuk dah siap susun ready untuk guna je.. almaklum jelah malam ni ada tetamu so kenalah keluarkan pinggan mangkuk ni.

Kabinet Dapur 3G High Gloss 4

Cik.Pn bergaya didapur barunya.. sikit-sikit asik g dapur je malam tadi tengok dapur tu.. takut kena curi ke sygku.. hehehe

 Kabinet Dapur 3G High Gloss 5

Cik.pn sedang menguji dapur gas sumbangan ibu mertuaku.. macam nak masak je malam ni.

 Kabinet Dapur 3G High Gloss 6

Malam ni malam jumaat sayangku.. tak nak rasmikan dapur baru ke? hehehe.. Rasa-rasa malam ni nak makan apa ye?

Nota Kaki :
- Anggaran Kos kabinet dapur dari jenis 3G High Gloss + Table Top konkrit  = RM4,xxx.00
- Saiz kabinet 7.5 kaki + Sinki satu lubang seperti dalam gambar diatas.

** Update ...
Untuk melihat gambar-gambar yang lain bolehlah berkunjung ke myvitrd2

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

13 ulasan:

  1. cantek sangat colour merah tu.. :D

    BalasPadam
  2. lebih kurangla dapur kite... kecik jek... msk 3 org penuh hehehe

    BalasPadam
  3. nak pinjam gambar blh??nak buat reference..nti nak buat dapur gaks...

    BalasPadam
  4. wah best tu kabinet cantik nak masak pun sejuk je hati kan ..

    BalasPadam
  5. wahh, warna yang garang. tapi nampak cun!

    BalasPadam
  6. @sweetlikewhat : warna pilihan isteri

    @fiza : tq2

    @Mama AA's : yeke.. janji dengan wife saya kot.. hehehe.. rumah apartment macam ni jelah dapurnya

    @aanie : boleh2 pinjam takda masalah.. nanti kalau nak buat tunjuk gmbr tu je dekat kontraktor

    @puanbee : betul2.. malam tadi dah rasmikan dapur baru.... heheeh

    BalasPadam
  7. @kid : tulah pasalnya bertambah besarlah perut aku.. heheehe

    @abrablog : warna ada ong.. hehehe

    BalasPadam
  8. simple but very nice....
    unik dan lain dr yg lain....
    kreatif ur wife....
    1st time sy tgk kabinet dapur warna merah...mmg cantik
    -wife eyriqazz-

    BalasPadam
  9. @eyriqazz : tq bro.. dia memang minat warna merah.. sebelum ni kalau pegi kedai kabinet pantang nampak yg warna merah.. mesti katanya nak buat macam tu..

    P/S : Syg isteri turut-turutkan.. syg suami urut-urutkan.. heheehe

    BalasPadam
  10. leh bagi nama kontraktor dan no.phone?

    BalasPadam
  11. Salam...blh tau kontraktor mana yg bt table top dan KC tu...kl blh bagi no contact lagi bagus...terima kasih...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..