Sanggupkah Seorang Isteri Berkorban Untuk Suami

6/16/2011 11:28:00 PG , 5 Comments

 

Salam semua,

Sangkupkah anda sebagai seorang suami melihat isteri anda berhasrat untuk menjual organ tubuh seperti mata dan buah pinggang semata-mata untuk melangsaikan hutang… Berapa ramai isteri yang sanggup berbuat demikian?

Adakah seorang suami sanggup mendermakan organnya untuk melangsaikan hutang isterinya?

Hari ini terbaca tajuk paper Berita Harian yang bertajuk “Tawar organ RM1 juta'”.. MasyaAllah ada juga seorang isteri yang sanggup buat macam ni.

jual organ

Dari apa yang aku baca.. katanya suami si wanita ni telah berhutang dengan Along dan bayaran pokok telah habis dibayar.. tetapi bunga hasil pinjaman tersebut masih tertunggak berpuluh ribu.. Disebabkan tidak tahan dengan gangguan dari pihak along tersebut si isteri bercadang untuk menjual orang buah pinggang atau matanya dengan nilai RM1 juta untuk melangsaikan hutang suaminya.

Sungguh besar pengorbanan yang nak dibuat oleh si isteri ni.. Jangan nanti bila dah jual organ tu.. duit dah bayar along tau-tau si suami kawin lain pulak.. memang hampehlah.

Rasanya banyak lagi cara lain yang boleh dibuat untuk melangsaikan hutang along tu.. dan tidak elok berfikiran singkat dengan menjual organ tubuh badan tu.. Tapi kalau dah sayang punya pasal lautan api pon sanggup direnangi.

Pada pendapat korang SETUJU @ TIDAK dengan tindakkan nekad si isteri ni?

Pendapat peribadi aku : Tak sanggup ku biarkan isteriku menderita dek kerana perbuatan aku.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. tak setuju.. sendiri buat, sendiri tanggung laa.. cian laak bini kena tanggung sama.. huhuhu
    Panggilan Temusiasat | JPJ Tak jadi SAMAN Aku RM50...

    BalasPadam
  2. sy x stju si isteri buat cm 2..

    BalasPadam
  3. mungkin sebab terlampau sayang pada suami dia kot

    BalasPadam
  4. @kid : betul tu.. kit apunya dosa isteri pulak kena tanggung.. tidak adil

    @Anon : saya juga dari siang2 lagi tak setuju

    @Far_east : tapi banyak lagi jalan lain boleh

    BalasPadam
  5. x setuju langsung...kenapa x si suami tu jep yang jual organ tuh..hampehh~

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..